GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, January 3, 2009

Selamat Menempuh Alam Persekolahan Tahun 2009 !!!

Cuti dah hampir tamat. Adik-adik akan memulakan sesi persekolahan baru tak lama lagi. Agaknya baju dan peralatan sekolah yang baru pun dah dibeli. Dalam menempuh pesekolahan tahun baru harapannya agar azampun hendaklah baru juga iaitu untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan hanya di dunia tapi juga cemerlang di akhirat . Di bawah adalah tip-tip yang adik-adik boleh ambil untuk menjadi pelajar cemerlang.. Bersedialah dari sekarang.. Semoga berjaya !!!

Ciri Pelajar Cemerlang
1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan RasulNya
2. Melaksanakan solat fardhu lima waktu sehari semalam
3. Berilmu, beramal, dan berakhlak mulia
4. Cergas fizikal dan cerdas intelek
5. Berwawasan, berperancangan dan proaktif

Syarat Ingin Berjaya
1. Beriman, bertaqwa dan beramal soleh
2. Berani mencuba dengan sabar dan tabah
3. Yakin kepada diri sendiri bahawa anda lah yang terbaik
4. Buat tugasan yang diberi dengan sehabis baik
5. Bermatlamat dan berfikiran positif

Teknik Membaca Berkesan
1. Mula dengan nama Allah dan baca Doa Tak Lupa
2. Menerokai tajuk yang dibaca (meneliti fakta dan konsep)
3. Memahami fakta dan konsep
4. Mengingati fakta dan konsep
5. Menulis semula apa yang telah dingat untuk pengukuhan

Teknik Pembelajaran Berkesan
1. Sediakan jadual belajar sistematik
2. Belajar sejak awal tahun
3. Membaca pada waktu sesuai (malam atau awal pagi)
4. Perbanyakkan buku rujukan,Latihtubi,perbincangan.

Tuesday, December 30, 2008

2009 ..Ke arah Kecemerlangan Pendidikan Islam di Malaysia!!

Ustaz Ustazah Para Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah seluruh Malaysia..
Assalamualaikum
Selamat bertugas saya ucapkn kepada ustaz dan ustazah. Semoga tahun baru azam pun baru. Apa kata kalau tahun ni kita cuba ubah sedikit teknik pengajaran dan pembelajaran kita di sekolah.

Kita cuba buat satu pembaharuan kepada Pendidikan Islam iaitu membuat nota dengan menggunakan buku nota terancang yang telah diiklankan dalam blog ini. Saya mengsyorkan demikian kerana penggunaan buku nota terancang ini (namanya GLA ataupun Guided Learning Approach bermaksud pendekatan belajar secara terancang) amat memudahkan guru dan juga pelajar sendiri.

Kenapa saya mengatakan demikian? Ini adalah kerana saya telah mempraktikkan cara P & P dengan menggunakan buku ini sudah lama di SMK Dato' Ahmad Maher dan juga sekarang di SMK Zainab (1) , Kota Bharu . Saya dapati lebih mudah untuk mengajar dan pelajar pun dapat belajar dengan seronok dan mudah faham.

Konsep buku ini yang membawa kebaikan kepada pelajar ialah:
1. Pelajar belajar dan bersedia terlebih dahulu di rumah sebelum guru mengajar.
2. Pelajar berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan yang telah disediakan
mengikut sukatan
3. Pelajar mudah menulis nota
4. Pelajar dapat menulis nota dengan ringkas dan padat
5. Pelajar lebih aktif dalam kelas
6. Pelajar mudah memahami pelajaran
7. Pelajar mudah membuat rujukan dan mengingati nota tersebut dalam peperiksaan
8. Soalan-soalan berdasarkan soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan

Manakala kebaikan kepada guru ialah:
1. Guru mudah menguruskan P & P dalam kelas
2. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator
3. Guru mudah memeriksa
4. Guru dapat menjadikan buku tersebut sebagai kerja rumah terancang ataupun kerja
dalam kelas ketika guru terpaksa hadir kursus ataupun bercuti
5. Perbincangan dengan pelajar dapat berjalan dengan lancar dan teratur
6. Susunan tajuk dalam buku tersebut mengikut rancangan tahunan
7. Guru dapat mengajar dan menghabiskan sukatan dengan cepat
8. Prestasi pelajar semakin meningkat dalam peperiksaan.

Itulah beberapa kebaikan GLA (Guided Learning Approach) yang digalakkan kepada tuan puan menggunakannya. Insyaallah pelajar ustaz dan ustazah akan lebih berminat kepada mata pelajaran Pendidikan islam yang selama ini diabaikan. Ayuh ustaz ustazah.. Cuba lah guna demi kebaikan pelajar-pelajar kita dan juga tugas kita ke arah memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia .

Selamat mencuba.. Contact 0139861383 atau 0199532996 ( sms saja..)

Monday, December 29, 2008

DOA KETIKA MENERIMA PUJIAN (Doa Saidina Ali Karramallahu Wajhah)

"Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku karena apa yang mereka katakan tentang aku. Berikanlah kebaikan padaku dari apa yang mereka sangkakan kepadaku. Ampunilah aku karena apa yang tidak mereka ketahui tentang diriku."


Sebuah kebaikan, lebih bernilai jika dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain. Sentiasalah mengakui kesilapan, memohon ampun, bermunajat, berzikir dan menyerahkan semua urusan kepada-Nya. Berdoa di saat sunyi lebih mustajab dan dimakbulkan oleh Allah swt.