GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, December 29, 2009

Sambutan hebat GPI seluruh negara kepada GLA dan Modul Pendidikan Islam !

Syukur kepada Allah swt kerana makin ramai GPI dari seluruh negara yang menghubungi saya bertanyakan tentang GLA dan Modul Pendidikan Islam ini. Ada yang minta nak tengok contoh dan ada yang nak guna terus untuk kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kerana anda telah cuba membuat inovasi dalam P&P walaupun ianya simpel.

Apa yang kita nak ialah proses P&P yang berkesan yang melebihi daripada satu hala dalam kelas kerana ini akan memudahkan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Namun begitu ada yang masih mempertahankan cara lama iaitu cara syarahan. Anyway yang pasti pelajar dapat ilmu.

Bagi GPI yang ingin cuba menggunakan GLA ini pastikan bahawa pelajar tak perlu lagi beli buku log untuk buat nota. Apa-apa ujian untuk pelajar dibuat dalam helaian kertas dan simpan dalam fail. Buku nota pelajar adalah GLA . Mana-mana GPI yang ingin cuba buat modul sendiri pun adalah lebih baik dan digalakkan kerana kita kena tahu apa yang ingin kita ajar kepada murid kita. Dari situ kita akan cuba bina modul sendiri untuk memudahkan urusan P&P kita dalam kelas. Lahipun bolehlah ianya dijadikan tiket untuk minta jadi GC.

Moga tahun 2010 Pendidikan Islam akan terus cemerlang dari segi kualitinya..Insyaallah.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan Peperiksaan PMR hari ini..

Alhamdulillah..syukur kerana keputusan PMR di SMK Zainab (1) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam naik dari segi bilangan pelajar yang mendapat A tetapi menurun dari segi peratus kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai (254 orang). Tahun ni bilangan pelajar mendapat A naik seramai 50 orang berbanding tahun lepas. Ini merupakan satu kejayaan tetapi bila dilihat kepada peratus ianya menurun kerana bilangan pelajar yang ramai.

Bila dibuat post mortem, kebiasaannya yang akan menjadi perbandingan adalah peratusnya. Sekiranya pelajar di sekolah terlalu ramai maka kita akan dapat meneka yang peratus akan turun walaupun bilangan yang mendapat A ramai.

Kalaulah perbandingan itu dibuat mengikut bilangan pelajar yang mendapat A..alangkah bahagianya kerana kita akan dapat tahu sekolah mana yang telah berjaya menghasilkan pelajar cemerlang A...kan itu lebih baik berbanding dengan kiraan peratus. Barulah lebih adil..Sampai bila-bila pun sekolah harian biasa dan sekolah kawalan tak akan dapat menandingi sekolah berasrama penuh sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai. Dan sepatutnya pencapaian di sekolah-sekolah terpilih ini adalah 100% A..barulah berbaloi dengan bilangan pelajar yang sedikit dan tambahan lagi pelajar yang telah terpilih.

Agaknya mana lebih senang?? Mengajar di sekolah berasrama penuh dengan bilangan pelajar sedikit atau d sekolah harian biasa dengan bilangan pelajarnya yang sentiasa ramai.Sekiranya anda menjadi GPI ..mana satu yang anda akan pilih??

Saturday, December 19, 2009

Salam 1431 Hijrah!!

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru Hijrah iaitu 1431 H. Bagi umat Islam bulan Muharram merupakan bulan Hijrah yang pertama dan rasanya ramai dalam kalangan kita yang sudahpun membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada petang akhir tahun 1430 H yag lepas.

Di bulan Muharram ini kebiasaannya umat Islam melaksanakan ibadah puasa sunat iaitu pada puasa sunat pada 10 Muharram. Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qari (penulis buku terkenal) bahawa Nabi Muhammad saw melaksanakan puasa sunat 10 Muharram (puasa sunat hari Asyura) bergabung dengan 9 Muharam. Jadi nabi berpuasa selama 2 hari berturut-turut . Ini adalah kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram. Nabi Muhammad saw tidak mahu menyamakan ibadat puasa sunat kita dengan amalan kaum Yahudi . Justeru umat Islam digalakkan menggabungkan puasa 10 Muharram dengan hari yang sebelum atau pun selepasnya.Wallahuaklam.

Satu lagi amalan umat Islam adalah menjamu orang ramai dengan memasak sura (panggilan orang kelate). Agaknya dah ramai orang yang merancang mamasak sura ni sebelum persekolahan dibuka. Begitulah jugak dengan team JLU Pendidikan Islam PPDKB. Insyaalah majlis jamuan sura akan diadakan beberapa hari lagi.

Sura memang sedap kalau kena ramuannya . Kalau nak rasa sura sedap , silalah datang ke Kelantan... Majlis masak dan jamu sura ini amat bermakna kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam disamping amalan jamuannya yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Kelantan.

Tuesday, December 15, 2009

Disember semakin meninggalkan kita dan Januari kian menjelma...

Diam tak diam kita dah tiba ke pertengahan bulan Disember 2009. 15 hari lagi Januari menjelma. Berdebar jugak rasanya nak menerima tugasan baru di sekolah bagi tahun persekolahan yang baru. Terasa cuti tahun ni agak memuaskan hati kerana dapat rehat sepenuhnya dan aktiviti dikurangkan sedikit berbanding dengan tahun lepas. Sebab tu
n3 pun agak kurang sedikit.
Aktiviti yang dilakukan secara bersendirian sahaja seperti edit buku Pendidikan Islam, buat rancangan tahunan Pendidikan Islam, cetak buku modul Pendidikan Islam untuk tahun depan. Bila kurang aktiviti rasa boring pulak.. Baik jugak kalau pergi taman safari , boleh bagi makan binatang dan memikirkan kebijaksanaan Allah dan jugak pergi jalan-jalan tepi pantai..boleh memikirkan kekuasaan dan keagungan Allah swt..
Anyway tahun depan awal tahun lagi dah berbagai-bagai aktiviti sekolah dan PPD yang dirancang. Mudah-mudahan tahun depan lebih gemilang lagi dengan berbagai aktiviti kecemerlangan bagi bagi Guru Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Insyaallah.

Friday, December 4, 2009

Saat Yang Ditunggu-tunggu....

Musim bah datang lagi..Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak disekitar taman perumahan Taman Desa Paduka.. Bagi sesetengah orang bah mendatangkan kesusahan tapi bagi anak-anak ini , musim bah amat menggembirakan kerana boleh berenang depan rumah sendiri.
(bila tiba saat ini, keinginan mereka untuk bermain dengan air bah tak boleh disekat-sekat lagi..)



Thursday, December 3, 2009

Percaya atau tidak ???

Tembikai termahal di Kelantan dan mungkin jugak di Malaysia..
RM 25 sebiji.

Tembikai ni dibeli untuk jamuan pada hari raya ke 3 lepas . Bila dibelah rupa-rupanya buruk pula.. inilah yang dikatakan taqdir.

Korban Idul Adha

Idul Adha memupuk semangat berkorban dalam kalangan umat Islam. Tetapi adakah pengorbanan yang kita laksanakan dapat menyamai pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS ? Fikir-fikirkanlah tahap mana pengorbanan kita selama ini..

Lembu yang bakal dikorbankan..

Daging sedang dipotong-potong untuk diagihkan

Pelbagai sayuran untuk dibuat dalcaaa..

Tuesday, November 24, 2009

Syukur Alhamdulillah !!

Peperiksaan SPM mata pelajaran Pendidikan Islam baru sahaja selesai petang tadi.Apa yang saya dapat lihat ialah wajah-wajah keriangan dalam kalangan pelajar sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan.."Ustazah..banyakla soalan dalam buku latih tubi tu yang keluar.." kata seorang pelajar. "Alhamdulillah, syukur..mudah-mudahan awak semua dapat A1" itu saja yang dapat saya ucapkan.

Saya pun apalagi balik rumah terus buat analisa soalan-yang telah keluar..betul jugak kata pelajar tu...soalan ramalan dalam buku Latih Tubi yang dikeluarkan oleh kumpulan JLU PPDKB memang banyak membantu mereka.. Alhamdulillah sekali lagi..walaupun soalannya tidak seratus peratus menyerupai soalan sebenar dalam exam namun dengan adanya buku tersebut pelajar nampaknya lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan..Syukur sekali lagi..kerana semua ini adalah inayah daripada Allah swt kepada kami semua..usaha kami memang berbaloi..

Insyaallah tahun depan kami akan cuba mengeluarkan buku tersebut lebih awal lagi..Inilah sahaja usaha yang dapat kami lakukan demi membantu para pelajar serta memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Berdebar-debar jugak menunggu keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan bulan Mac/April nanti.. Mudah-mudahan semua pelajar berjaya dengan cemerlang..Insyaallah.

Monday, November 23, 2009

Perancangan Aktiviti JLU Pendidikan Islam PPDKB 2010

PERANCANGAN PROGRAM JLU PENDIDIKAN ISLAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2010

1 Bengkel Soalan Ujian Tahap Kecekapan (Tkn 1-5)
2 Bengkel Soalan Pertengahan Tahun (Tkn 1,2 dan 4)
3 Bengkel Buku Soalan Latih Tubi (Ramalan)
4 Seminar Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam
5 Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam / Tasawur Islam
6 Seminar Skor A Pendidikan PMR / SPM
7 Jamuan Akhir Tahun 2010

Mudah-mudahan segala yang dirancang akan terlaksana untuk tahun 2010 .. Insyaallah

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Guru dan Pelajar !!

Sekejap je masa setahun.. Rasanya baru aje bulan 11 2008..sekarang dah bulan 11 2009 pulak.Umur pun dah berganjak setahun..Duniapun makin tua setahun..Anak murid makin dewasa..guru-guru pulak makin dimamah usia..kalau tahun ni naik tangga dah sakit lutut..tahun depan makinlah lagi sakit lututnya...Ada dianatara rakan dan saudara mara dah pergi meninggalkan kita.. Giliran kita pula entahlah bila?? Mungkin esok atau lusa atau tahun depan?? Wallahu Aklam.

Dan macam mana pula dengan amalan seharian kita? Adakah makin bertambah dengan bertambahnya tahun ??..itulah yang perlu dimuhasabahkan oleh kita sebagai hamba Allah. Setiap detik adalah amat berharga buat kita . Janganlah disia-siakan masa yang ada. Manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Akhir sekali , dikesempatan ini PAI Best mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah ..Manfaatkanlah masa cuti sebulan lebih ni dengan perkara-perkara berfaedah..seperti tulis buku ke..modul ke..ziarah ke..dan macam-macam lagi yang boleh dibuat. Rasanya bagi warga guru banyak benda yang telah di plan untuk dibuat. Mudah-mudahan apa saja yang nak dibuat itu akan menggembirakan kita semua dan juga mendapat keredhaan Allah swt..Insyaallah.

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM dan STPM 2009 !!!

Ucapan selamat berjuang kepada semua calon SPM dan STPM di seluruh negara terutamanya anak-anak murid kesayangan (5 cekal dan 5 Gigih) di SMK Zainab (1) dan juga di SMK Dato' Ahmad Maher. Anda adalah aset negara yang amat penting. Jangan sia-siakan peluang yang ada...kejayaan di tangan anda semua. Kami para guru sentiasa mendoakan kejayaan kalian ... SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG !!!

"Berusaha Sepahit Hempedu .. Kejayaan Semanis Madu"

Thursday, November 5, 2009

Program Pasca PMR 2009 SMK Zainab (1)

Program ini bermula sebaik sahaja tamat peperiksaan PMR baru-baru ini. Semua pelajar diwajibkan hadir ke sekolah walaupun peperiksaan sudah berlalu kerana pihak sekolah telah merancang banyak aktiviti menarik dan berfaedah kepada pelajar.
Antara program yang dijalankan ialah pertandingan sajak, puisi dan busana muslimah, pertandingan menggubah, memasak, ceramah agama, motivasi, pesta makanan dan lain-lain lagi. Semua aktiviti dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak sekolah dan didapati pelajar amat gembira dan seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Di bawah adalah gambar-gambar beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan.




Sunday, November 1, 2009

Soalan PRA Pendidikan Islam SPM akan dilaksanakan minggu depan bagi sekolah menengah di bawah PPDKB

Pada 8 November ini, akan dilaksanakan peperiksaan PRA Pendidikan Islam SPM kepada calon Pendidikan Islam seluruh PPD Kota Bharu. Kepada semua pelajar diucapkan selamat menempuh peperiksaan PRA yang akan menguji setakat mana tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Disamping itu soalan yang diuji itu juga merupakan soalan ramalan Pendidikan Islam SPM 2009 yang dibina bersama oleh JLU Pendidikan Islam demi untuk kecemerlangan semua pelajar. Semoga berjaya mendapat 1A!!

Friday, October 23, 2009

Iringan doa selamat untuk semua Jemaah Haji Malaysia 2009!!

Sama-samalah kita mendoakan keselamatan perjalanan dan kemabruran haji kepada semua jemaah Malaysia yang telah bertolak dan bakal bertolak ke Mekah...terutama sekali sahabat blogger iaitu cikgu panji (rumah kuning), rakan guru di SMK Zainab (1)- Pn Khadijah Husin - YM Tg Hayrati - Kak Tie - Cikgu Seh Wali -, dan rakan guru di SMK Dato' Ahmad Maher , semoga semuanya selamat dan mendapat haji mabrur..insyaallah.

Saturday, October 17, 2009

Jamuan Akhir Tahun dan Penyampaian Sumbangan Untuk JLU P.Islam, BAK dan T.Islam PPDKB

Setelah hampir setahun bertungkus lumus menjalankan tugas sebagai Juru Latih Utama (ada orang kata Juru Letih) , maka sampailah masanya semua JLU diraikan. Dalam satu majlis jamuan ringkas yang diadakan pada 15 Oktober lalu ,semua JLU dijemput dan diberikan sedikit saguhati atas segala sumbangan yang telah mereka berikan kepada seluruh sekolah di bawah PPDKB sepanjang tahun 2009. Gabungan mantap semua JLU Unit P.Islam PPDKB dalam menjayakan semua program terutama sekali dalam bengkel pembinaan soalan dan bengkel teknik menjawab soalan ini amat-amat dihargai dan disanjungi.

Dalam ucapan aluan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam PPDKB iaitu Tuan Hj Mohd Fakhrurrazi banyak menekankan tentang kerjasama yang amat mantap yang telah ditunjukkan oleh semua JLU dalam semua program yang dijalankan. Beliau berharap agar kerjasama ini akan terus berkekalan demi untuk memartabatkan mata pelajaran P.Islam, BAK dan juga T.Islam. Beliau juga berharap agar tahun depan lebih banyak lagi program yang akan dilaksanakan demi untuk membantu meningkatkan lagi prestasi ketiga-tiga mata pelajaran tersebut.

Majlis ini juga dihadiri oleh Ketua Operasi Unit Pendidikan Islam (Menengah) iaitu Tuan Hj Mohd Radzi bin Omar. Kehadirannya memeriahkan lagi majlis ini. Harapan kami semua agar team yang kami bina ini akan terus bergabung tenaga untuk memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh Malaysia...Insyaallah.

"Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam"






Friday, October 16, 2009

Majlis Anugerah Stimulan SPM / STPM 2009

Majlis Anugerah Stimulan SPM/STPM telah diadakan pada hari Khamis (15 Oktober) di Dewan Semenza . Seramai 10 orang pelajar SPM telah mendapat anugerah Dulang Mas kerana mendapat keputusan tertinggi keseluruhan A bagi semua mata pelajaran SPM. Tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Sunday, October 11, 2009

Syukur!! Usaha Berbaloi...

Peperiksaan Pendidikan Islam PMR dah pun selesai... Soalannya agak mencabar jugak walaupun nampak mudah..Tapi bagi pelajar yang cemerlang dan suka dengan soalan KBKK memang terasa amat mudah namun begitu bagi pelajar yang lemah dalam KBKK rasanya susah jugak nak skor tu.. Rasa tak sabar-sabar nak tengok macam mana pemarkahannya.

Anyway.. setelah dianalisa oleh beberapa orang JLU Pendidikan Islam PPDKB ,didapati buku soalan Latih tubi Pendidikan Islam PMR (Ramalan) banyak membantu pelajar. Lebih kurang 50 % soalan yang terdapat dalam buku tu keluar.. Alhamdulillah..Ini yang nak dengar ni. Kalau pelajar cakna dengan buku tu kan best...soalan yang keluar tu soalan yang dah pun dibuat latih tubi.

Insyaallah tahun depan para JLU PPDKB akan cuba buat soalan latih tubi ni lebih awal lagi supaya dapat memudahkan pelajar menghadapi peperiksaan...Syukurlah..kerana usaha kami selama ini berbaloi..

Tuesday, October 6, 2009

Sabar Menunggu Keputusan ....

Alhamdulillah ..pemantauan GC di Kota Bharu dah pun selesai (berakhir minggu ini). Ada la 4 orang JLU Pendidikan Islam PPDKB yang terlibat di mantau baru-baru ini. Berdebar jugak di buatnya. Berbagai-bagai soalan mencabar dikemukakan. Ada yang dapat jawab dan ada juga yang tak dapat. kalau tak dapat jawab malu la kepada nazir tu...Disamping soalan yang mencabar tu, nazir juga nak tengok apa keistimewaan kita berbanding dengan GPI yang lain.. Kalau yang ni, GPI kena buat satu benda yang berbeza dengan GPi lain seperti buat modul ke, atau buat kajian tindakan ke, atau buat apa-apa aja yang ada kelainan..

Walaubagaimanapun semuanya telah berlalu. Dan kabarnya keputusan GC akan diberitahu dalam masa terdekat. Terserahlah kepada Allah yang menentukan. Kalaulah semuanya dapat..kan best.. Dapatlah pakat-pakat memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam supaya ianya menjadi satu mata pelajaran yang disukai ramai dan di beri perhatian di seluruh Malaysia..InsyaAllah.

Tuesday, September 29, 2009

Gambar-gambar menarik sekitar Majlis Kesyukuran di Semenza

Tarikh : 29 September 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Semenza
Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang
Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur atas kurniaan tuhan sempena Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3
2. Memupuk silaturrahim yang berpanjangan antara semua ibu bapa, masyarakat sekitar dan warga sekolah
3. Memberi semangat dan dorongan kepada semua warga sekolah agar lebih teruja demi memantapkan kecemerlangan sekolah










Monday, September 28, 2009

Esok Majlis Kesyukuran 2 dalam 1 di SMK Zainab (1) !!

Syukur kerana dengan limpah dan nikmat dari Allah SWT Semenza sekali lagi dapat mengadakan majlis Kesyukuran 2 dalam 1 esok iaitu Kesyukuran kerana mendapat Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis bermula pada jam 1.00 tengah hari. Semua pegawai JPN, pegawai PPD, sekolah-sekolah sekitar, masyarakat sekotar, ibu bapa dan pelajar dijemput hadir. 3 ekor lembu akan dikorbankan.

Segala perbelanjaan jamuan adalah hasil kerjasama semua warga Semenza yang terdiri daripada pentadbir, guru dan pelajar. Permuafakatan beginilah yang dianjurkan oleh Islam. Pakat-pakat menyumbang akhirnya dapat menyembelih 3 ekor lembu..Sumbangan bukan hanya berupa wang tetapi juga berupa gula, bawang, santan, beras, buah-buahan dan kueh raya... Para pengunjung PAI BEST dijemput beramai-ramai ke Semenza esok...Jumpa di sana..

Monday, September 21, 2009

Salam Eidul Fitr !!

Ramadan 1430 H telah berlalu dengan pergi dengan penuh kesedihan dan kepiluan .. Kalau boleh rasanya nak sentiasa bersama Ramadan..namun lumrah alam yang datang akan pergi tapi Ramadan insyaallah akan kembali dan berjumpa lagi sekiranya panjang umur.Semoga kita semua berkesempatan untuk menemui Ramadan yang dirindui sekali lagi pada tahun 1431 H.

Ucapan Salam Eidul Fitr kepada semua pengunjung Blog Paibest dan pengguna buku-buku Modul dan Nota Bestari Pendidikan Islam....Minal 'Aidin Wal Faizin..kalau ada tersilap dan tersalah harap dimaafi dan diteguri kerana kita semua memang makhluk yang lemah dan tidak terlepas daripada perkara tersebut.

Semoga 1 Syawal memberi sinar bahagia kepada kita semua kebahagiaannya berkekalan sehinggalah Ramadan yang akan datang...

Program-program Penghayatan Islam Semenza Sepanjang Bulan Ramadan 1430 H

Antara program-program yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla SMK Zainab (1) 1430 H ialah:

1. Ceramah Nuzul Al Quran- 6 September
2. Majlis Berbuka Puasa Asrama - 7 September
3. Kutipan Derma Ramadan - sepanjang Ramadan
4. Pertandingan Kuiz Ramadan - 20 Ogos - 10 September
5. Pertandingan Menulis Khat - 20 Ogos - 10 September
6. Tadarus Al Quran - 20 Ogos - 10 September
7. Ceramah Lailatul Qadar - 13 September
8. Majlis Khatam Al Quran - 16 September
9. Program Masih Ada Yang Sayang - 17 September













Matlamat dan objektif pelaksanaan program-program tersebut ialah:
1. Membina rasa cinta kepada Allah dan Rasul
2. Memupuk sifat suka membaca dan menghayati isi kandungan Al Quran
3. Memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri pelajar
4. Melatih pelajar supaya memantapkan diri dengan ibadat wajib dan sunat
5. Memupuk sifat suka menderma dan bantu membantu dalam diri pelajar

Pihak Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla Semenza berharap agar semua program yang telah dilaksanakan ini akan dapat memmberi input yang terbaik kepada pelajar dalam membina modal insan cemerlang dunia dan akhirat selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Negara (PIPP) . Insya-Allah.

Wednesday, September 9, 2009

Harga Pakej Buku

HARGA PAKEJ BUKU PENDIDIKAN ISLAM

Harga Pakej semua buku-buku MODUL dan NOTA Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam yang disiarkan di sini ialah RM 100.00 sahaja . Pos percuma. Sesiapa yang berminat boleh sms kepada Nik Zulina . Tel: 013-9861383 dengan menyatakan nama dan alamat penuh untuk memudahkan pengurusan hantaran. 


Bayaran melalui Maybank 


(no.akaun : 153104051318 -Nik Zulina Nik Taib)

Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadan Al Mubarak !!!

Sudah hampir seminggu kita berpuasa. Terasa begitu sekejap sahaja berlalunya seminggu. Cuti sekolah pun hampir menuju ke penghujungnya dan rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Ramadan Al Mubarak kepada semua pengunjung PAI BEST. blogspot. Moga Ramadan yang kita lalui tahun ini akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt. Insyaallah. Hiasilah Ramadan tahun ini semaksima mungkin dengan ibadat-ibadat sunat disamping memantapkan ibadat-ibadat wajib.Rebutlah pahala yang berganda-ganda di bulan ini.

Kepada Guru Pendidikan Islam yang nak soalan PRA Pendidikan Islam PMR dan SPM , sila sms kepada NIK ZULINA - 0199861383 . Insyaallah hantaran percuma akan diuruskan kepada sesiapa yang sms dengan nama dan alamat sekolah yang lengkap (KHUSUS UNTUK GPI SAHAJA). Cepat sebelum terlambat. Tarikh tutup sms ialah pada 23 Ramadan 1430H. Permohonan selepas bulan Ramadan tidak akan dilayan...

Tuesday, August 18, 2009

Soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR ' SOLD OUT' !!

Alhamdulillah tak sangka juga soalan tu dah habis..Masih ada lagi permintaan..terus layan tapi cetak biasa je lah. Soalan Latih Tubi Pendidikan Islam SPM masih ada lagi lagi. Itupun tak lah banyak sangat. Siapa yang nak tu ce4pat-cepatlah ya.

Thursday, August 6, 2009

Pakat-pakat isi borang Guru Cemerlang!!!

Alhamdulillah nampaknya makin ramai GPI yang pakat-pakat isi borang GC tahun ni. Mudah-mudahan semuanya berjaya. Bila dah ramai yang jadi GC bolehlah pakat-pakat sumbang idea dan buat program untuk memperkasakan Pendidikan Islam menaikkan lagi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Insyaallah.

Sunday, August 2, 2009

PENAT DAN SIBUK ....TAPI PUAS HATI..

Tiap hari ada je buku yang kena diuruskan sama ada pos atau hantar ke sekolah..rasa macam tak sempat nak fikir benda lain..Tapi walaubagaimanapun customers first. Latih tubi Pendidikan Islam PMR dah nak habis. Dah tak cetak yang baru dah.. Kira siapa cepat dia dapatla...Tapi kalaulah permintaan tu banyak sangat bolehlah bagi pertimbangan untuk ulang cetak.

Harap-harap ramalan yang dibuat oleh para JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu mengena..bolehlah tolong pelajar-pelajar cemerlang dan seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam dan GPI nya Insyaallah..

Ada orang kata soalan tak dak kualiti...(tak payah layanla...sebab manusia memang macam tu..bab komen no satu tapi bab nak buat tu ....tau2 sendiri lah ya... Kalau nak tunggu depa buat sampai bila pun tak buat..yang eloknya kalau tak lengkap..lengkapkan. Kalau silap..perbetulkan. Kalau tak tau..ajarkan..bukannya dok komen di belakang..). Masa buat GLA (Modul PAI) di sekolah lama dulu pun ada orang kata ; kalaulah macam ni..semua orang boleh buat.. (tapi tengok2 subjek lain tak da pun yang buat . Yang pastinya P.Islam terus mantain dengan kecemerlangannya walaupun ianya adalah subjek yang paling pelajar tak minat ... Alhamdulillah )

Biar apapun orang kata....kita kena teruskan jua.. demi untuk mengangkat martabat Pendidikan Islam ( kalau kita tak martabatkan , siapa lagi yang nak martabatkan) ...jangan tunjukkan kelemahan kita ... Kita buat sehabis upaya...kesilapan tetap ada...kerana kita manusia biasa tapi buat post mortemla... dan berjaya atau tidak itu adalah urusan Allah SWT...bukannya kerja kita. Allah suka kepada orang yang berusaha )....tapi
Kita hanya berusaha dan Allah yang menentukannya..

(N3 ni ditulis kerana ingat kisah-kisah lama di sekolah lama...begitu banyak cabaran dan sindiran....tapi alhamdulillah MODUL PAI - GLA kekal sampai hari ini dan di guna pakai di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia dan ada juga beberapa orang GPI di sekolah Kelantan yang cuba buat sama Modul ini dengan mengikut cara masing-masing.. Kan itu satu kemajuan....Alhamdulillah)

KE ARAH MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM

Thursday, July 30, 2009

Wednesday, July 29, 2009

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SPM 2009 anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu


Tarikh : 29 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Wawasan PPD Kota Bharu

Objektif:
1. Mendedahkan teknik menjawab soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SPM kepada GPI.
2. Memberi motivasi kepada GPI supaya lebih bersemangat dalam mendidik pelajar
3. Supaya GPI akan mempraktikkan teknik tersebut dalam proses P & P di sekolah
4. Supaya prestasi Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan lebih cemerlang
dalam SPM

Sasaran:
Seramai lebih kurang 85 orang GPI (Pendidikan Islam )sekolah menengah sekitar Kota Bharu

Majlis berakhir dengan slot Dialog Profesional antara Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu iaitu Tn Hj Mohd Fakhrurazi dan GPI. Dialog profesional ini membincangkan tentang pencapaian Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di sekolah masing-masing dan strategi untuk meningkatkan prestasi kedua-dua mata pelajaran ini.