GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Friday, July 3, 2009

Jamuan Meraikan Kenaikan Pangkat Sahabat JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu

Beberapa hari lepas satu jamuan keraian untuk JLU yang dilantik sebagai GKSS telah diadakan di Restoran Hj Zakaria, Pengkalan Petah, Tawang, Bachok, Kelantan yang terkenal dengan Ikan Bakar Special. Majlis ini di hadiri bersama Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu iaitu Tn Hj Mohd Fakhrurrazi b. Hj Ab. Rahim . 3 orang JLU yang telah dilantik sebagai GK Sains Sosial itu ialah :
1. Ustaz Mohd Zain bin Daud : GKSS di SABK Tengku Amalin Putri
2. Ustazah Hjh Sharidah bt Che Mahmood : SMK Dewan Beta
3. Ustazah Hasniah bt Hashim : SMK Mulong
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang di tempat masing-masing.

Mudah-mudahan selepas ini ramai lagi JLU PPD Kota Bharu yang akan dinaikkan pangkat -Insyaallah





Medan Ikan Bakar Hj Zakaria ni memang lain dari yang lain...

Wednesday, July 1, 2009

SIRI BUKU LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM & TASAWWUR ISLAM AKAN MENEMUI PELAJAR MINGGU DEPAN - INSYAALLAH!!!

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah SWT kerana ketiga-tiga buku Siri Latih Tubi ini sedang dalam proses percetakan dan Insyaallah akan siap minggu depan. Buku ini akan diedarkan kepada sesiapa yang berminat secepat yang mungkin. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini sila contact 013-9861383 atau sms nama dan alamat untuk mendapatkan buku-buku ini. Harga sebagaimana di bawah dan pos adalah PERCUMA !!






RM 5.50 sebuah - POS PERCUMA !!!










RM 3.80 sebuah . POS PERCUMA !!!










RM 4.50 sebuah . POS PERCUMA !!!




Buku-buku Latih Tubi ini adalah hasil usaha bersama para JLU Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu untuk meningkatkan peratus kecemerlangan 1A dalam Pendidikan islam dan Tasawwur Islam serta meningkatkan lagi kualiti kecemerlangan di kalangan pelajar di sekolah-sekolah di Kota Bharu khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya.

Antara kelainan isi kandungan buku ini berbanding dengan buku yang lain ialah:
- Teknik menjawab soalan Pendidikan Islam untuk PMR dan SPM disediakan
- 3 Set Soalan Latih Tubi berkonsepkan ramalan peperiksaan 2009
- Jawapan yang tersusun, lengkap dan mudah di rujuk oleh pelajar
- Sisipan Latih Tubi Jawi dan Tajwid untuk memahirkan pelajar dalam bidang tersebut

Harapan kami semua agar buku-buku ini dapat membantu pelajar semaksima mungkin untuk skor 1A Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam tahun 2009 - Insya-Allah.

Monday, June 29, 2009

Gambar Menarik Pasaria SEMENZA 2009





Kelihatan murid SK Zainab sedang berduyun-duyun mengunjungi Pasaria dan berebut-rebut membeli kupon.

Gambar-gambar menarik ketika Perkhemahan Perdana SEMENZA 2009






Khemah-khemah peserta











Demontrasi mula Tawaf di sudut Hajarul Aswad

















Qiamullail di kendalikan oleh Ustaz Ibrahim bin Daud











Mengantuk memang satu ujian yang tak dapat dielakkan dalam program qiamullail. Sesiapa yang dapat menghayati qiamullail tidak akan mengantuk..