GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, May 8, 2012

Pendidikan Islam diperkasakan di SMKZ1

Setelah mengalami kegagalan meningkatkan prestasi kualiti kecemerlangan mata pelajaran Pendidikan Islam PMR dan SPM di SMKZ1 pada tahun 2011, tahun ini Panitia Pendidikan Islam dan ahli jawatankuasanya mengatur strategi untuk menggempur calon2 PMR dan SPM supaya kecemerlangan akan dapat ditingkatkan semula pada tahun ini Insyaallah...

Antara strategi yang telah dilaksanakan ialah Program Garap 'A' Pendidikan Islam PMR dan SPM. Program Garap A Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan pada 30 April yang lepas. Seorang guru cemerlang Pendidikan Islam di kelantan telah dijemput untuk membimbing pelajar iaitu Ustaz Wan Abrisam daripada SMK Sultan Abdul Samad Pulai Chondong. Manakala Program Garap A Pendidikan Islam PMR telah diadakan pada hari ini 8 Mei 2012 dengan  mendapat bimbingan daripada Ustazah Hasniah bt Hashim iaitu seorang Guru Kanan Sains Sosial di SMK Mulong.. Mudah2an berkat bimbingan dan bantuan kedua2 guru cemerlang ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam di SMKZ1 pada tahun 2012 ni..Insyaallah...

Banyak lagi strategi yang akan dilaksanakan..insyaallah..tunggu dan lihat..

Gambar2 menarik sekitar Program Garap A Pendidikan islam PMR dan SPM 2012..






Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam