GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, November 8, 2008

Kad Doa, Kad Ucapan dan Doa Supaya Tak Mudah Lupa


Muka depan kad doa menjawab soalan peperiksaan..

Doa mula dan sesudah jawab soalan

Kad ucapan peperiksaan
Kad doa supaya tidak mudah lupa apa yang dibaca..Insya-Allah

Inilah rupanya kad-kad ucapan dan doa sekolah kami..satu daripada usaha dan ikhtiar untuk kecemerlangan murid dan juga untuk kekuatan dalaman serta motivasi untuk murid

Kalau berminat bolehlah minta contoh..contact penulis..

Majlis Mutiara Kasih Murid SPM & STPM 2008


MAJLIS MUTIARA KASIH
(Majlis Restu Ilmu)
Khusus untuk Murid SPM & STPM 2008
Tarikh : 9 November 2008 (Ahad)
Tempat : Laman Info
Objektif:
Murid Mohon Restu ilmu dari Guru
Bermaaf-maafan antara guru dan murid

Mutiara Nasihat dari Pengetua:
Jawab soalan dengan terbaik dan cemerlang , mudah-mudahan Semenza Top 5 Tahun 2008 InsyaAllah
dan ingat petua 3RQS yang dipesan oleh Timbalan Menteri Pelajaran baru-baru ni

Pesanan Bestari dari Guru SMK Zainab (1)
- Jaga Maruah
- Amalkan Ilmu
- Jaga Kesihatan
-Jaga Makanan
- Jawab soalan elok-elok
dan akhir sekali pastikan...
SEMENZA terus mengungguli kilauan zaman...
Insya-Allah.



Murid sedang khusyuk mendengar nasihat dan pesanan dari guru Semenza..

Salam Jamaie...
Jawab periksa elok-elok ya..jangan lalai pula.. pesan cikgu Hjh Mariyam (GKTV)

Titipan kasih dari Guru untuk Murid
(Air dan kismis solat Hajat, kad ucapan peperiksaan dan kad doa)

Majlis Solat Hajat Murid SPM dan STPM SMK Zainab (1)




Tarikh : 9 November 2008 (Ahad)
Tempat : Masjid SMK. Zainab (1)
Sasaran : Murid Tingkatan 5 & 6 Atas
Objektif :
Mohon keredhaan Allah SWT atas segala ilmu yang diterima dan mohon kejayaan yang cemerlang untuk murid-murid SPM dan STPM SMK Zainab (1) tahun 2008 dan tahun-tahun seterusnya. Insya-Allah.

Wednesday, November 5, 2008

Program Pasca PMR 2008 di SMK Zainab (1)


MAJLIS KHATAM AL QURAN 2008
Tarikh : 5 November 2008
Tempat : Masjid SMK Zainab (1)
Masa : 8 pagi
Sasaran : Murid Tingkatan 3
Anjuran bersama :
Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla SEMENZA
dengan kerjasama Unit Kaunseling

Naqibah Khatam :
Pn. Hjh. Sapinah dan Pn. Hjh. Tuan Esah
(Bekas Guru Pendidikan Islam SMK Zainab 1)

Monday, November 3, 2008

Hari Terakhir Guru Praktikum Pendidikan Islam UDIM di Semenza

Andalah bakal pendidik yang profesional pada masa depan..
Harapan kami agar bimbingan selama 3 bulan memberi kesan positif..

Pesanan terakhir dari GURU PEMBIMBING...


Terbang si pipit bersama helang
Terbang hinggap di pokok gelang
Jom pakat jadi GPI cemerlang
GPI cemerlang Pendidikan Islam gemilang

Mari makan buah pulasan
Makan bersama dengan buah longan
Tunaikanlah tanggungjawab dengan penuh keikhlasan
Nanti kan tercipta suatu kejayaan

Kami doakan semoga kalian akan menjadi guru PI yang cemerlang dan gemilang . Insyaallah.
Maafkan kami sekiranya ada terkasar bahasa dan terasa hati semasa memberi bimbingan.

Majlis Silaturrahim Panitia Pendidikan Islam SMK Dato' Ahmad Maher 2008

Majlis Serampang Dua Mata Panitia Pendidikan Islam SMK. Dato' Ahmad Maher 2008
(Erat Silaturrahim dan Rai Tetamu Allah)
Tarikh : 3 November 2008 (Isnin)
Masa : 1 tgh hari
Tempat : Bilik Sumber Pendidikan Islam SMKDAM




Back Drop yang real , asli tulisan tangan..kalau tersilap ejaan maaf ya..tak sengaja..











Ustazah Rogayah (KP Pendidikan Islam SMKDAM), Ustazah Norhayati dan Ustazah Kartini . Seronok dapat bertemu kembali..











Sedap dan menyelerakan ... Puding Kak Faridah dan Nasi Kerutuk Daging..Klasik betul












Banyak perkara yang nak diceritakan. Maklumlah dapat berkumpul setahun sekali.
Luahkan saja apa yang terpendam tapi yang pasti Pendidikan Islam terus gemilang..










Adik palapes..Ustazah Al Najiha... Terus perkasakan Pendidikan Islam..












Ikatan ukhuwwah yang utuh. Walaupun jauh di mata tapi dekat di hati.....Insya-Allah satu hari nanti kita rancang program bersama GPI Zainab dan GPI Maher.










Ini lah yang diraikan , Ustzh Norhayati , Ustzh Nik Zulina dan Ustzh Rogayah. Alhamdulillah tahun ni rezeki kami , dapat menjadi TETAMU ALLAH.. Mudah-mudahan tahun depan Yah, Dilah, Tini dan Jah pula menyusul. Nanti kami doakan di sana ya dik ..Insya-Allah tak ada aral tahun depan sampai. Doakan moga kami selamat dan mudah dalam melaksanakan urusan haji di sana..




Berani betul adik ni nak ikut jejak langkah kakak .... Nak jadi syeikhah Hajj . Satu tugas yang mulia dan amat berat. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah serta diberi kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakannya. Insya-Allah.

Insya-Allah tahun 2008 bakal melakar sejarah dan menyaksikan 4 orang Ustazah Maher berada di Haramain. ALHAMDULILLAH FI AAMANILLAH.

Sunday, November 2, 2008

Majlis Jalinan Mesra antara GPI SMK Dato' Ahmad Maher dan GPI SMK Zainab (1) 2008


Satu lagi aktiviti tahunan gabungan GPI MAHER & GPI SEMENZA !!

Sambil bersantai dan bermesra dapat juga buat MOU ..untuk program Pendidikan Islam tahun 2009 .. Insya-Allah.










Yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang dekat kita mesra-mesrakan . Sambil bermesra sambil berkongsi idea..










Tahun depan , panjang umur dan murah rezeki kita datang lagi...Insya-Allah












Kecil-kecil pun nak join jugak....Dapat minum sky juice pun jadilah..











Bestla makanan kat sini.... Nanti boleh bawa family sama..

Tarikh : 1 Nov. 2008 (Sabtu) Jam 12.00 tgh hari
Tempat : Palm Terrace, Hotel Renaissance,KB
Objektif :
Mengeratkan silaturrahim, Menjalinkan kemesraan dan Berkongsi idea antara Guru Pendidikan Islam SMKDAM dan SEMENZA