Alhamdulillah...berkat kesabaran memahami dan meneliti kehendak2 PBS Pendidikan Islam, maka tiga buah buku Pendidikan Islam 2 dalam 1 iaitu nota terancang (GLA) dan Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) telah berjaya disiapkan..insyaallah akan menemui anda semua awal tahun depan. Buku2 tersebut ialah :
- GLA dan PBS Tingkatan 1
- GLA dan PBS Tingkatan 2
- GLA dan PBS Tingkatan 3
Buku 2 dalam 1 ini mengandungi nota terancang sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 1 , 2 dan 3 beserta dengan band-band dan cadangan instrumen yang boleh digunakan untuk merealisasikan PBS Pendidikan Islam. Ianya akan memudahkan pelaksanaan PBS di sekolah. Murid dapat menjadikan buku ini sebagai buku nota dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan dalam melaksanakan PBS dengan lebih efisen lagi..InsyaAllah.
Harapan saya agar buku ini akan memberi manfaat kepada guru dan juga pelajar dalam merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memaksimumkan keberhasilan murid serta melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta berdaya saing di peringkat global.......InsyaAllah.