GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa!!

Hari ini banyak sekali sms ucapan Hari Guru diterima..terima kasih buat semua yang mengingati guru..Moga kami para guru sentiasa bersedia rela berkorban demi untuk membentuk negara bangsa!!Dan tak lupa ucapan hari guru untuk untuk warga blog kenalan seperti Cikgu Panji, Cikgu Rashid, Cikgu Zul, Cikgu Zu, dan cikgu-cikgu yang lain-lain lagi sama ada dalam blog atau luar blog..Teruskan perjuangan anda yang masih belum selesai..

Tuesday, May 12, 2009

Bengkel Soalan Latihtubi Bestari Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam PPDKB 2009 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu

Tarikh : 12 - 14 Mei 2009
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Objektif :
1. Supaya dapat melatih pelajar menjawab soalan mengikut format peperiksaan sebenar.
2. Supaya dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam teknik menjawab soalan
3. Supaya pelajar dapat skor A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam
4. Dapat menambahkan lagi bank soalan latihtubi Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk guru dan pelajar







INSYAALLAH SOALAN LATIHTUBI INI AKAN SIAP DALAM MASA 2 BULAN DARI SEKARANG DAN MANA-MANA GURU YANG BERMINAT UNTUK MEMILIKI SOALAN INI BOLEHLAH CONTACT SAYA DI 0139861383.

Sunday, May 10, 2009

Soalan Latihtubi Fokus Bestari Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam

Insyaallah kalau tak ada aral melintang, JLU Pendidikan Islam PPDKB dengan sokongan Unit Pendidikan Islam PPDKB akan menerbitkan soalan latihtubi berfokus. Soalan tersebut berfokuskan peperiksaan yang dinamakan dengan Fokus Bestari Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam SPM .
Soalan yang dibina berdasarkan analisa soalan-soalan yang telah keluar dalam peperiksaan yang lepas . Tujuannya adalah untuk melatihtubi pelajar menjawab soalan bagi persediaan menghadapi peperiksaan selepas habis sukatan pelajaran di sekolah nanti. Mudah-mudahan soalan yang dibina nanti akan dapat membantu pelajar dalam peperiksaan yang bakal tiba. Insyaallah .
Soalan ini dijangka akan dapat di edarkan dalam bulan Julai ataupun Ogos nanti dan sekiranya ada guru ataupun pelajar yang berminat bolehlah menghubungi saya di 013-9861383. Insyaallah moga semuanya berjalan lancar..

Lagi gambar-gambar Kempen Anti dadah peringkat PPDKB 2009 di SMK Zainab (1)


Bersama bekas murid SMK Dato Ahmad Maher

Bersama dengan puteri Semenza

Lawatan pengetua dan tetamu kehormat ke pameran anti dadah

Tekanan darah puteri-puteri Semenza okay ke ?? kalau tak ada stress..no problem

Pameran Anti Dadah