GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Thursday, December 19, 2013

Tempahan Buku Nota Rujukan dan Nota Terancang Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5 dan PBS hendaklah dilakukan melalui SMS mulai 2014.

Salam Jumaat kepada semua pengunjung blog..didoakan agar kalian semua berada dalam Rahmat dan Barakah daripada Allah SWT setiap waktu..

Untuk makluman semua.....setiap tempahan buku Pendidikan Islam yang terdapat dalam blog ini hendaklah dilakukan melalui SMS kepada Nik Zulina  di talian : 0139861383.  Sila nyatakan nama, alamat dan buku yang hendak diorder beserta dengan bilangannya sekali. Bayaran hendaklah dilakukan sebaik sahaja tempahan dibuat untuk memudahkan urusan pengeposan.

Mana-mana pelanggan yang membuat tempahan melebihi RM1000 (Ringgit Malaysia Seribu) boleh membuat bayaran tangguh dalam masa satu bulan sahaja bermula daripada pengeposan barang. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pelanggan berhutang terlalu lama (BAYAR HUTANG WAJIB DISEGERAKAN).....kerana banyak berlaku pelanggan tidak dapat menjelaskan hutang sehingga hujung tahun....Nauzubillahi min zaalik..

Nasihat saya agar sediakan wang terlebih dahulu..baru order dibuat..

Untuk pengetahuan semua pengunjung...pihak kami telah mengurus banyak tempahan buku beberapa tahun yang lepas tetapi semua kos pos pihak kami yang tanggung kerana kami berniaga demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT di samping dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar. Namun begitu , oleh kerana semua kos pengeposan sudah semakin naik, maka pihak kami terpaksa mengenakan sedikit kos pos kepada pihak pelanggan melalui potongan komisen harga buku...

Di sini kami nyatakan bahawa kos pos di Semenanjung Malaysia untuk sebuah buku lebih kurang 80 sen sebuah manakala di Sabah dan Serawak RM1.70 sebuah...

Walaubagaimanapun pihak kami amat berbangga sekali kerana buku-buku Pendidikan Islam yang dikeluarkan mendapat sambutan yang amat meluas sehingga ke seluruh negara . Kami juga memohon doa kepada Allah SWT agar buku2 yang kami keluarkan ini dapat memberi manfaat yang berkesan kepada pelajar2 dan guru2 yang menggunakannya...Insyaallah...

Buku Nota Terancang Pendidikan Islam Keluaran Terbaru...GLA dan PBS 2014.. 2 dalam 1



















Alhamdulillah...berkat kesabaran memahami dan meneliti kehendak2 PBS Pendidikan Islam, maka tiga buah buku Pendidikan Islam 2 dalam 1 iaitu nota terancang (GLA) dan Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) telah berjaya disiapkan..insyaallah akan menemui anda semua awal tahun depan. Buku2 tersebut ialah :
- GLA dan PBS Tingkatan 1
- GLA dan PBS Tingkatan 2
- GLA dan PBS Tingkatan 3

Buku 2 dalam 1 ini mengandungi nota terancang sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 1 , 2 dan 3 beserta dengan band-band dan cadangan instrumen yang boleh digunakan untuk merealisasikan PBS Pendidikan Islam. Ianya akan memudahkan pelaksanaan PBS di sekolah. Murid dapat menjadikan buku ini sebagai buku nota dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan dalam melaksanakan PBS dengan lebih efisen lagi..InsyaAllah.

Harapan saya agar buku ini akan memberi manfaat kepada guru dan juga pelajar dalam merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memaksimumkan keberhasilan murid serta melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta berdaya saing di peringkat global.......InsyaAllah.

Saturday, September 21, 2013

Diskaun 50% Untuk Buku RISALAH DOA KECEMERLANGAN UNTUK PELAJAR.


HARGA : RM4 sebuah

Buku ini mengandungi doa2 yang ringkas , wirid2 dan doa2 selepas solat sesuai  untuk pelajar dan senang dibaca oleh mereka demi untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing2.

Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan hadiah motivasi kepada pelajar dan juga bekalan untuk pelajar lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

Para guru, ibu bapa boleh mendapatkan buku ni dengan menghubungi saya di talian 0139861383 . Harga diskaun sebanyak 50 % akan diberikan untuk tempahan melebihi 100 buah ke atas.

Semoga bermanfaat...Insyaallah..




Soalan Ramalan Pendidikan Islam PMR 2013

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pengunjung2 blog Pai Best... semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah SWT....

Untuk makluman semua BUKU FOKUS BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR DAN SPM 2013 telah kehabisan stok....... pihak kami menerima banyak permintaan agar ianya dicetak semula....tetapi malang sekali kerana permintaan tersebut tak dapat kami tunaikan kerana masalah2 tertentu yang tak dapat dielakkan.

Setelah dipertimbangkan akhirnya penyelesaiannya telah kami temui di mana tuan puan yang masih berminat untuk memiliki buku tersebut boleh lah menghantar alamat email kepada no berikut : 0139861383. Seterusnya bank in kan sebanyak RM10 untuk buku Pendidikan Islam PMR dan RM10 untuk Buku Pendidikan Islam SPM..dan insyaallah nanti pihak kami akan emailkan soalan ramalan daripada buku2 tersebut beserta satu set soalan PRA yang juga merupakan soalan ramalan yang di bina oleh panel2 soalan PPD Kota Bharu.

Manakala semasa menerima email daripada pihak kami, pihak tuan puan hendaklah menggunakan komputer yang mempunyai perisian Jawi / Arab supaya ayat2 dan Hadis2 yang terkandung dalam soalan tersebut dapat dibaca dengan sempurna.

Semoga bermanfaat..Insyaallah..

Thursday, July 4, 2013

Program Cakna Potensi Pendidikan Islam PMR 2013 PPD Kota Bharu..

Alhamdulillah ..syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya para juru latih utama Pendidikan Islam PPD Kota Bharu telah berjaya melaksanakan Program Cakna Potensi Pendidikan Islam selama 4 hari berturut2  bertempat di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan , PSPN Pengkalan Chepa. Sebanyak 45 buat sekolah terlibat dalam program tersebut dengan penyertaan 8 - 13 peserta setiap buah sekolah.

Pelajar yang terlibat merupakan pelajar2 yang mendapat markah sederhana dalam mata pelajaran pendidikan Islam tetapi berpotensi untuk cemerlang ( skor markah C, D dan E dalam peperiksaan pertengahan tahun) .

Antara objektif program adalah supaya pelajar dapat skor A dalam matapelajaran pendidikan Islam, pelajar juga dapat menghadapi peperiksaan dengan baik dan cemerlang setelah didedahkan dengan ilmu2 dan teknik2 menjawab soalan yang sebenar dan juga pelajar akan menginsafi diri , bersungguh2 belajar dan berubah persepsi mereka terhadap matapelajaran pendidikan Islam dan juga matapelajaran2 lain dalam menghadapi peperiksaan PMR nanti...dan mereka akan menjadi lebih bersungguh2 menelaah an mengulangkaji pelajaran.. Insyaallah...

Pengisian program:
1. Slot Motivasi
2. Slot Teknik Menjawab Soalan
3. Slot Perbengkelan









Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam...

Monday, June 24, 2013

Buku Soalan Fokus Bestari Pendidikan Islam PMR , SPM dan Tasawwur Islam 2013

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya pihak Juru latih pendidikan Islam PPD Kota Bharu akhirnya berjaya jua mengeluarkan buku2 berkonsepkan ramalan tahunan ini sebagai mana biasa.. Semoga ianya akan memberikan banyak manfaat untuk semua guru dan pelajar2 di seluruh malaysia...Insyaallah...Kepada sesiapa yang berminat sila sma kepada saya : Nik Zulina Nik Taib 0139861383


Harga ada diskaun untuk sekolah2 di semenanjung sekiranya belian melebihi 10 buah ke atas.
Manakala untuk Sabah dan Serawak tiada diskaun kerana  kos pos terlalu mahal ke sana..

Thursday, January 31, 2013

Gambar2 menarik semasa bengkel soalan Fokus Pendidikan Islam di Langkawi

Tarikh : 21 - 23 Januari 2013 (Isnin-Rabu)
Tempat : Bilik Enggang 3, Hotel Grand Continental, Langkawi
JU terlibat : seramai 13 orang

 Kumpulan Panel Soalan Buku Fokus Pendidikan Islam SPM Kertas 2

 Kumpulan Panel Soalan Buku Fokus Pendidikan Islam PMR

Kumpulan Panel Soalan Bukus Fokus Pendidikan Islam SPM Kertas 2

Sunday, January 20, 2013

Seminar dan Bengkel Pemurnian Soalan Fokus Pendidikan Islam PMR,SPM dan Tasawwur Islam di Langkawi

Insyaallah ...pada 21 - 23 Januari ni semua JLU Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam PPD Kota Bharu akan berkampung di Langkawi untuk membina soalan berfokus Pendidikan Islam PMR, SPM dan Tasawwur Islam 2013.. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah SWT......Insyaallah kalau tiada aral Buku Fokus Bestari P.Islam ini akan menemui anda pada akhir bulan Mei nanti...

Post Mortem Pendidikan Islam PMR di PPD Kota Bharu

Tarikh : 17 Januari 2013 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kota Bharu
Pengerusi : Tn Hj Mohd Fakhrurazi bin Hj Ab Rahim (Penolong Pegawai PPD, Ketua Unit P. Islam)
Sasaran : Ketua Panitia Sekolah Menengah Kota Bharu

Hasil perbincangan:

1. Prestasi Pendidikan Islam menurun hampir di semua sekolah termasuk  sekolah2 beasrama penuh dan sekolah2 kawalan seperti SMS Tg Mohd Faris Petra, SMKA Naim Lilbanat, SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail, SMK Zainab (1), SMK Ismail Petra dll...
2. Ketua Panitia mesti habiskan sukatan dengan lebih awal
3. Ketua Panitia hendaklah perbanyakkan soalan latihtubi kepada pelajar
4. Ketua Panitia dikehendaki membimbing pelajar tentang teknik menjawab P.Islam yang terkini
5. Ketua Panitia hendaklah melndokong dan melaksanakan semua program yang dirancang olep Unit
    Pendidikan Islam PPD Kota Bharu dan Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan
6.Mengambil berat tentang soalan HOTS (high Order Thinking Skills) supaya pelajar lebih cemerlang..

Semoga keputusan Pendidikan Islam PMR pada tahun 2013 lebih baik daripada tahun 2012....Insyaallah..

Salam Tahun Baru 2013 !! Azam baru sentiasa ada supaya tahun ini lebih baik daripada tahun depan...

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan salam tahun baru 2013..

Lama dah rasanya tak menulis di blog ni kerana telalu banyak urusan yang hendak diselesaikan bermula dengan cuti sekolah sehinggalah exam PMR...dan kemudian marking paper...seterusnya masuk markah dan marking paper PMR pulak dan akhirnya dapat result dan seterusnya post mortem pulak.......

Masa exam Pendidikan Islam PMR 2012...sebaik sahaja pelajar2 keluar daripada dewan peperiksaan...kebanyakan pelajar memandang dengan begitu sayu kepada saya...dan dengan nada sedih mereka berkata : "Ustazah..saya dah jawab semua soalan dan buat sedaya upaya...tapi saya agak confuse sebab soalannya agak susah.."..saya lihat kebanyakan mereka keluar dengan muka2 yang agak sedih, frust, confuse...bimbang jawapan yang diberi salah...

Saya menjawab: "Tak apa...awak telah buat yang terbaik ..Insyaallah awak akan berjaya..".

Bila saya amati soalan P.Islam 2012 ..saya dapati memang betul agak susah kerana banyak soalan KBKK dan KBKKnya pula agak tinggi arasnya......memang budak2 susah nak jawab...seperti soalan.: Bagaimanakah cara anda mencontohi sifat maksum para rasul?  Mudah ke??

Bila result keluar... saya redha kerana result PMR tahun 2012 agak menurun dan result di peringkat kebangsaan juga menurun walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah kerana seramai 75 orang pelajar saya daripada 3 kelas....70 orang dapat A dan 5 orang lagi dapat B...saya amat2 bersyukur kepada Allah kerana memberi kejayaan kepada mereka dan yang amat menggembirakan lagi seramai 26 pelajar saya daripada Tkn 3 Amanah yang saya didik dan asuh sejak Tingkatan 1 dengan perangai dan tingkahlaku yang pelbagai..akhirnya semuanya mendapat A Pendidkan Islam...Alhamdulillah..puas rasa hati ini.....

Bila post mortem soalan dibuat ..rupa2nya baru tau bentuk soalan HOTS (High Order Thinking Skills) telah digunakan oleh LPM.....adoi.....patutlah susah ....sebenarnya pelajar ni bila ada 2 atau 3 soalan susah..mereka akan merasakan bahawa keseluruhan soalan susah..memang soalan2 HOTS ni amat mengganggu....

Justeru saya merasakan tahun 2013 ni pelajar2 perlu didedahkan dengan soalan2 HOTS ni....Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar.....semoga dipermudahkan Allah SWT....