GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, July 11, 2009

Persembahan Powerpoint puteri Tkn 5 SMK Zainab (1)






Tengoklah sendiri macam mana pelajar-pelajar ni bagi presentation.. Semuanya begitu teruja untuk menyampaikan presentation di hadapan rakan-rakan yang lain.. Tahniah atas keberanian pelajar-pelajar ku yang disayangi.Jangan bimbang sifu sentiasa bersama..Mudah2an presentation lain kali lebih berjaya lagi..InsyaAllah

Thursday, July 9, 2009

Gambar-gambar Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam PMR / SPM PPD Kota Bharu







Mudah-mudahan yang dispot tu keluarlah...

Tuesday, July 7, 2009

Bengkel Soalan PRA Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan BAK 2009 anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu .






Tarikh : 7 - 9 Julai 2009
Tempat : Bilik ICT , Aras 3, PPD Kota Bharu


Seramai 20 orang GPI dari beberapa sekolah di PPD Kota Bharu berkampung dan menganalisa soalan-soalan yang telah keluar dalam exam PMR/SPM dan membincangkan pula soalan-soalan yang bakal keluar tahun ni - InsyaAllah buatlah setakat yang mampu...
Soalan yang dibina merangkumi Pendidikan Islam PMR, Pendidikan Islam SPM (Kertas 1 & 2) Tasawwur Islam (Kertas 1 & 2) dan Bahasa Arab Komunikasi PMR
Bengkel ini merupakan cetusan idea Tuan Hj Mohd Fakhrurrazi (Ketua Unit Pendidikan Islam PPDKB) dalam usaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan Pendidikan Islam , BAK dan Tasawwur Islam di PPD Kota Bharu.
Antara objektif bengkel ialah :
1. Meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam
2. Meningkatkan lagi pencapaian 1A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya.
3. Melatih tubi dan membiasakan pelajar dengan soalan-soalan peperiksaan sebenar

Soalan-soalan ini akan di edarkan kepada semua Ketua Panitia seluruh PPD Kota Bharu dalam bentuk MASTER dan akan ditentukan tarikh pelaksanaannya seperti biasa.

Sunday, July 5, 2009

BERITA GEMBIRA UNTUK GURU PENDIDIKAN ISLAM PPDKB!!

Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah kerana seorang lagi sahabat JLU P.Islam PPD Kota Bharu telah menyandang GURU CEMERLANG !!! Beliau ialah Ustazah Noraziah dari SMK Dato' Ahmad Maher. Setinggi - tinggi tahniah kepada Ustazah Noraziah. Harapan kita semua adalah makin ramai lagi GPI di PPD Kota Bharu akan jadi GC..supaya dapat pakat-pakat memartabatkan dan memperkasakan Pendidikan Islam...

Hari ini Ketua-ketua Panitia di PPD Taiping telah membuat kunjungan mesra ke SMK Dato' Ahmad Maher disamping mengenali lebih dekat Panitia Pendidikan Islam SMK Dato' Ahmad Maher yang dipimpin oleh Pn Hjh Rogayah bt Sulaiman . Moga dapat eratkan lagi silaturrahim disamping berkongsi idea demi untuk kecemerlangan Pendidikan Islam.