GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Wednesday, June 10, 2009

MELAKA BANDAR BERSEJARAH..

Rasanya dah begitu lama dah tak melawat Melaka. Baru-baru ni sambil-sambil daftar anak kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sempatla juga ziarah Melaka. Ziarah zoo dan bandar Melaka. Bandar Melaka terlalu banyak berubah. Zoo Melaka juga banyak menarik perhatian anak-anak dengan berbagai jenis binatang yang dapat dilihat dari dekat terutamanya harimau..betul-betul teruja tengok rimau dari dekat...




Tuesday, June 9, 2009

TANDA-TANDA MANUSIA DALAM RAHMAT ATAU LAKNAT ALLAH SWT.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI (DIMANAKAH KITA???) DENGAN MEMERHATIKAN TANDA-TANDA RAHMAT DAN LAKNAT ALLAH DI BAWAH:

Antara tanda-tanda manusia dalam rahmat Allah:
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadat dan membaca Al Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat sama ada sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk2 Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
12. Fihrasat dan gerak hati selalunya tepat
13. Setiap tindakannya mampu mempengaruhi orang lain ke aarah kebaikan
14. Sentiasa mendapat ujian Allah
15. Merasa gelisah andai melakukan kesilapan kepada Allah

Tanda2 manusia dalam laknat Allah:
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung kepada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng solat lima waktu
5. Bersahabat dengan orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan bangga diri
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
12. Tindakan selalu terpesong (iblis / syaitan) menyusahkan hidup orang lain
13. Hatinya yang kotor , fihrasatnya selalu silap
14. Tidak mendapat hidayah daripada Allah
15. Dendam
(PETIKAN DARIPADA BUKU 'KENAPA ALLAH MURKA')

BERISTIGHFARLAH DAN BERZIKIRLAH SELALU PAGI , PETANG , SIANG DAN MALAM AGAR JIWA TIDAK GERSANG...