Assalamualaikum kepada para pengunjung blog Pai Best !! Lama betul tak buka blog since awal cuti baru ni..Nak ulas sikit pasal result Pendidikan Islam PMR baru ni.. ada sesetengah sekolah result naik tapi tak seberapa sangat dan ada sesetengah tu pulak merudum.. termasuklah sekolah saya SMKZ1..
Yang menghairankan kebanyakan pelajar begitu happy kerana semua soalan2 yang dibuat latih tubi sebelumnya telah keluar dalam exam..so mereka rasa bahawa mereka dapat menjawab soalan dengan baik..cikgu pun bukan main happy lagi sebab dapat membantu pelajar yakin diri dalam menjawab soalan....Tut2 result yang keluar agak kurang membanggakan.. daripada 202 orang calon hanya 162 sahaja yang dapat A, 38 orang B dan 2 orang C. Manakalah CGPA hanya 1.21 sahaja berbanding dengan tahun lepas 1.14... Apa sebenarnya yang telah berlaku..? Adakan gred markah Pendidikan Islam dinaikkan? Atau pelajar yang over confident sehingga result jatuh begitu teruk sekali.?
Apapun pada saya ini merupakan satu ujian yang menyebabkan saya perlu muhasabah diri dan mengatur strategi seterusnya untuk Pendidikan Islam PMR pada tahun hadapan . Manakala bagi pihak sekolah pula menganggap bahawa ini adalah faktor pelajar sendiri di mana rata2 pelajar gagal untuk mencemerlangkan diri dalam kebanyakan subjek..hanya 3 subjek sahaja yang meningkat prestasinya di sekolah saya......yang lainnya merosot..Wallahuaklam,. mudah2an tahun depan akan ada perubahan .. insyaallah.
150: Rabiul Akhir 1446H
1 month ago
0 komentar: