GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Friday, June 5, 2009

Rezeki...


Beberapa hari lepas ketika menghadiri kenduri kahwin anak sedara... dapat makan sekali dengan pengantin.. mewah juga makanannya ..imported daripada Restoran Syam Bunga Mas..Itulah rezeki namanya...

Taqdir Allah SWT



Hari ini 5 Jun 2009 ketika dalam perjalanan ke KL iaitu antara Merapoh dan KL (Kuala Lipis) lebih kurang jam 10.15 pagi ada sebuah treler terbalik betul-betul merentasi jalan..

Perjalanan tertangguh selama lebih kurang 40 minit jugakla.. Ingat target nak sampai KL jam 1.00 sebab bertolak jam 6.30 pagi tapi dah taqdir...sampaile jam 2.30 petang. Anyway Alhamdulillah kerana tak tersangkut lama kat treler terbalik tu macam orang lain tersangkut sampai dua tiga jam ... Dengar kabar jam 6.00 petang pun masih belum ditarik lagi treler tu..Tak tau la bila treler tu akan ditarik. Kesian pengguna-pengguna jalan . Kalau lah ada rombongan yang nak hadir kenduri lagi lah kesiannn..

Ada seorang saudara yang bertolak ke KL lewat sedikit dan sampai di tempat tu jam 2.00 petang , namun jalan masih lagi jemmm. dan mereka terpaksa tukar laluan menggunakan jalan Cameron Highland ..kesian ..tapi itulah yang dikatakan taqdir..Namun begitu kita boleh menolak taqdir yang buruk dengan taqdir yang baik dengan doa. Sebab tu lah kalau nak berjalan jauh banyak-banyaklah berdoa untuk mengubah taqdir supaya semuanya selamat..Insya-Allah.

Wednesday, June 3, 2009

Sekolah cuti..bekwah pun bermula..

Di Kelantan musim-musim cuti begini banyaklah sahabat handai, saudara mara yang ambil kesempatan berbekwah (berbagai jenis kenduri sama ada kahwin, kesyukuran dll). Di Kelantan bekwah ada dua jenis: Bekwah Majlis Perkahwinan - Kesyukuran (orang yang bertandang biasanya bawa gula dan buah tangan). Bekwah Majlis Perkahwinan (orang yang bertandang biasanya bawa wang).

Memang adat orang Kelate suka bantu membantu bawa apa-apa saja sambil bertandang ke majlis perkahwinan. Wang yang diberi kebanyakannya wang kertas yang merah-merah tu.. kalau bawa barang atau hadiah pulak kadang-kadang lebih mahal daripada nilai wang. Ini menunjukkan budaya orang kelate yang kaya dengan budi bahasa dan tidak kedekut..

Tapi yang tak berapa sedapnya bila sampai masa persandingan banyaklah unsur-unsur yang tidak baik dan melanggar hukum Islam di situ umpamanya mekap pengantin perempuan yang berlebih-lebihan sampai pakai bulu mata tiruan, cukur kening, mendedahkan aurat, dll lagi yang berlaku dalam majlis bekwah tersebut.

Sebenarnya benda-benda tersebut tak penting. Yang pentingnya akad nikah tu..tapi bila dah terover seronok, happy dan ghairah semua larangan dah tak teringat..bila ditegur jawabnya...ala sekali je bukannya sokmo-sokmo, nak jugak tengok come-come..jangok-jangok.. raja sehari lah katakan..tapi yang pastinya perbuatan tersebut di larang oleh Islam. Tak timbul rasa bersalah sedikitpun.

Kerana keseronokan dan kemewahan yang dikurniakan oleh Allah inilah yang menyebabkan manusia lupa diri sehingga melanggar hukumNya..Nauzubillahi Min Zalik..Kadang-kadang rasa takut bila memikirkan gelagat manusia masa zaman sekarang.

Thursday, May 28, 2009

SOLAT HAJAT UNTUK KESEJAHTERAAN AL SULTAN KELANTAN


Warga Semenza yang prihatin tak lupa mendoakan kesejahteraan buat Al Sultan Kelantan

Solat Hajat diimami oleh Al Ustaz Rushdi ... moga Tuanku Sultan cepat sembuh..

DETIK MANIS BERSAMA ANAK MURID


Saat paling manis menjadi guru ialah ketika budak-budak bawah jagaan kita ni mem'bodek' markah. Masa ni rayuan dan pujukan bertalu-talu sampai tak larat nak dengar.. Ada yang suruh baiki jawapanlah, ada yang suruh tambah markahlah, ada yang suruh murahkan markahlah dan macam-macam lagi...tapi ingat ustazah tak makan bodek tau.. yang betul tetap betul ..yang salah tetap salah..
Itulah masa buat revision tak nak bersungguh-sungguh tapi masa merayu tu begitu bersungguh-sungguh sekali..sampai sumpah-sumpah yang depa dah baca tapi peliknya yang dibaca tak keluar dan yang tak baca pulak keluar..Itulah maknanya study last minute..Oghe Kelate kate: 'Hero tak gaduh....'

Wednesday, May 27, 2009

Esok hari akhir persekolahan tengah tahun 2009

Baru saja happy nak bercuti tiba-tiba muncul 2 program besar yang terpaksa dilaksanakan di SMK Zainab (1) pada minggu pertama lepas cuti ni . Mau tak mau kena jayakanlah jugak. Dah kita nak jadi orang yang berjaya ...macam tu lah.. Antara program menariknya ialah Perkhemahan Perdana yang akan diselitkan dengan Demonstrasi Haji, Pemantapan Solat dan Pengurusan Jenazah. Program-program tu tak rugi kalau dilaksanakan bahkan dapat pahala pula. Insyaallah kita akan jemput fasi luar untuk membantu..so just mantau je lah..
Yang best satu lagi ialah Pasaria Perdana .. Lagi best nya ialah kita dilantik jadi AJK Jualan kupon.. Hai..yang ni lah yang alahan sedikit rasanya.. macam manalah nak menjayakannya.. Rasanya kena tebalkan muka pergi melawat sahabat2 GPI di sekolah2 seluruh KB sambil paksa depa beli kupon.. Barang-barang jualan semuanya special..pendek kata tak rugi kalau datang beramai-ramai sambil kenal Zainab yang sentiasa mengungguli kilauan zaman.. And to the Lady of Zainab's Skool tu ..masa ni bolehlah datang jenguk sekolah lama anda yang tercinta ni..
Perkhemahan Perdana : 17-19 Jun
Pasar Ria Perdana : 25 Jun (Khamis)
(tertakluk kepada perubahan)

Sunday, May 24, 2009

Berbagai bentuk rumah makhluk Allah SWT

Cuba kita teliti tiga bentuk tempat tinggal kejadian Allah yang direka khusus untuk kemudahan makhluk-makhluk tertentu seperti semut, anai-anai dan lebah. Dari sini kita dapat bertafakkur sejenak dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana rumah manusialah yang paling cantik dan lengkap sekali.

Rumah semut

Rumah anai-anai

Rumah lebah

Rumah kita yang tercantik sekali.. bersyukurlah

Saturday, May 23, 2009

HARI KELUARGA SEMENZA

Dalam kesibukan tugas dan pelbagai program sekolah , Badan Kebajikan Staf Semenza masih lagi mampu merancang Hari keluarga untuk semua staf di Semenza . Hari keluarga Semenza diadakan pada hari ini 23 Mei 2009 di Perdana Resort. Kebetulan pula SMK Mulong dan SMK Kubang Kerian (2)pun mengadakan hari keluarga di sana.
Antara objektif hari keluarga SMK Zainab (1) ialah untuk relaks minda guru dan eratkan silaturrahim antara sesama ahli dan keluarga ahli semenza disamping memupuk sifat bantu membantu sesama ahli untuk menjayakan hari keluarga tersebut.
Yang paling seronok ialah kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti sukaneka diadakan disamping hadiah menarik yang disediakan . Begitu juga dengan cabutan bertuah. Hampir semua ahli bertuah kerana hadiah cabutan bertuah disediakan banyak sekali.


Acara berebut kerusi kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan dalam hari Keluarga.

Makan bersama-sama disamping mengeratkan silaturrahim antara keluarga ahli

Terpaksa beratur untuk mendapatkan makanan. namun begitu keseronokan dapat dirasakan

Pengetua SMK Zainab(1) nak tarik sendiri 'teh tarik'. Ada gaya juga ya..

Cikgu Jeffri sedang menerima hadiah cabutan bertuah

Keluarga tersayang

Berebut coklat anak-anak . Cepat-cepat ..jangan bagi orang lain dapat.

Pertandingan Kaum Ibu - Cucuk manik

Friday, May 22, 2009

Hari Guru di SMK Zainab (1)

Pada minggu lepas Semenza mengadakan hari guru peringkat sekolah. Banyak aktiviti guru dan murid diadakan yang dapat mengeratkan silaturrahim dan kemesraan antara keduanya. Antara aktiviti tersebut ialah cucuk benang , teh tarik, gubahan,kupas kulit bawang, kreativiti belit tudung dan lain-lain. Disamping itu ada juga slot anugerah guru cemerlang bulanan dan tokoh guru semenza 2009.









Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa!!

Hari ini banyak sekali sms ucapan Hari Guru diterima..terima kasih buat semua yang mengingati guru..Moga kami para guru sentiasa bersedia rela berkorban demi untuk membentuk negara bangsa!!Dan tak lupa ucapan hari guru untuk untuk warga blog kenalan seperti Cikgu Panji, Cikgu Rashid, Cikgu Zul, Cikgu Zu, dan cikgu-cikgu yang lain-lain lagi sama ada dalam blog atau luar blog..Teruskan perjuangan anda yang masih belum selesai..