GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, July 17, 2018

Buku Mdul dan Nota Lengkap Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5 2018

Buku2 Terkini penting untuk keperluan calon2 Pendidikan Islam Tkn 1 hingga Tkn 5

NADI BESTARI P.ISLAM RINGKATAN 2 KSSM SUKATAN BARU (NOTA LENGKAP) SUDAH BERADA DI PASARAN

Alhamdulillah dah siap cetak Buku Nota Pendidikan Islam Tingkatan 2 KSSM (Sukatan Terkini)....
Sesuai untuk pelajar2 Tkn 2 tahun 2018.
Para pelajar, ibu bapa dan guru boleh mendapatkan buku ini di Kedai Buku Sykt Muda Osman (SMO)
atau pun boleh juga tempah terus kepada Ustazah Nik Zulina Nik Taib
Image may contain: 1 person
N

Wednesday, June 10, 2015

BUKU MODUL (NOTA TERANCANG) TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4 & 5 DAAN MODUL JAWI EDISI BARU

Alhamdulillah....syukur sekali lagi kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya pihak kami dpt mengeluarkan GLA dan Modul Tasawwur Islam Tkn 4 dn 5 (nota terancang) yang sebelum ini menjadi permintaan ramai seluruh negara..

Buku ini insyaallah dapat memudahkan pelajar2 menulis nota dan membuat latih tubi dengan sendiri kerana ianya lengkap dengan peraturan pemarkahan.

Harga setiap satu buku:
1. GLA dn Modul Tswr Islam Tkn 4 ... RM10 (SM) dan RM12 (SS) beserta pos.
2. GLA dn Modul Tswr Islam Tkn 5.....RM 10 (SM) dan RM12 (SS) beserta pos.
3. Modul Jawi PT3 dan SPM  .............RM 4.00 (SM) dan RM5.00 (SS) + pos

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi saya terus melalui wasap 0139861383.
Semoga buku2 ini dapat membantu calon2 Pendidikan Islam dn Tasawwur Islam SPM utk skor A+ dalam peperiksaan sebenar...Insyaallah.

BUKU LATIH TUBI NADI CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM PT3 TERBARU AKAN MENEMUI ANDA TAK LAMA LAGI..

Alhamdulillah .... buku latih tubi NADI CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM PT3 dah hampir siap....tunggu edit sikit je lagi serta urus cetak ..... insyaallah bakal siap dlm masa sebulan je lagi.....

Semoga buku ini dpt membantu anak2 calon2 Pendidikan Islam PT3 utk memaherkan diri dalam menjawab soalan KBAT serta soalan2 pengetahuan dan kefahaman yang lain.

Kepada yg berminat boleh sms nama dn alamat serta bilangan buku ke 0139861383.
Harga RM5.00 (SM) dn RM6.00 (SS) termasuk pos...kecuali pos laju.

Thursday, February 19, 2015

KISAH 12 KAUM YANG DIBINASAKAN ALLAH SWT

nas1

Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Aallah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh – Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

Wednesday, February 18, 2015

DOA ELAK DARIPADA FITNAH DAJJAL


Sebaiknya dibaca setiap kali solat..selepas Tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.
















"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada Mu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepada Mu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian, dan berlindung kepada Mu dari al-masih Dajjal"

Hadis riwayat Anas bin Malik RA (dalam kitab Sahih Muslim, No. 4878), ia berkata: Rasulullah SAW biasa berdoa: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian". 

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

Wednesday, February 11, 2015

FAKTA RINGKAS TENTANG AL AQURAN



Jumlah ayat di dalam Al-Qur'an mengikut Ibn Abbas adalah sebanyak 6231.

Jumlah juz Al-Qur'an adalah sebanyak 30.

Jmlah surah di dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

Jumlah ayat Basmalah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

Surah yang mempunyai dua basmalah didalamnya adalah surah An-Naml.

Surah yang tidak dimulakan dengan Basmalah adalah Taubah.

Surah pertama didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Fatihah.

Surah terakhir didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Nas.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah Al-'Alaq.

Surah lengkap pertama yang diturunkan adalah Al-Muddastir.

Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah.

Surah lengkap terakhir yang diturunkan mengikut Ibn Abbas adalah surah An-Nasr

Surah terpanjang dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Baqarah.

Surah terpendek dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Kaustar.

Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an adalah ayat 282 surah Al-Baqarah.

Ayat terpendek dalam Al-Qur'an adalah ayat 1 surah Al-Fajr.

Ayat sajadah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 14.

Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah Al-Haj.

Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah Al-'Araf.

Surah terakhir yang mengandungi ayat sajadah Al-'Alaq.

Surah yang terletak di pertengahan Al-Qur'an Al-Kahfi.

Jumlah surah jenis Makki adalah sebanyak 86.

Jumlah surah jenis Madani adalah sebanyak 28.

Tuesday, February 10, 2015

BUKU PAKEJ PENDIDIKAN ISLAM PT3 DAN SPM BESERTA TASAWWUR ISLAM





Buku Pakej Pendidikan Islam untuk pelajar dan guru2 Pendidikan Islam. Sangat bermanfaat dan memudahkan pelajar membaca dan mengulangkaji serta memudahkan guru2 semasa PdP dalam kelas.

Buku Pakej Pendidikan Islam PT3...

1. Nota bestari PT3 .. RM13
2. Modul tkn 1..RM10
3. Modul tkn 2..RM 10
4. Modul tkn 3..RM10
5. Nota poket PMR ..RM5
6. Modul tajwid PMR..RM5
7. Modul jawi...RM4
8. Buku doa...RM4

Jumlah RM60 beserta pos (SM) dan RM70 (SS)

Buku Pakej Pendidikan Islam SPM..

1. Nota bestari SPM .. RM13
2. Modul tkn 4..RM10
3. Modul tkn 5..RM10
4. Nota poket SPM ..RM5
6. Modul tajwid SPM ...RM5
7. Modul jawi...RM4
8. Buku doa...RM4

Jumlah RM50 beserta pos (SM) dan RM70 (SS)

Kalau Pakej Semua Set Buku Pendidikan Islam PT3 dan SPM..harganya RM110 (S) dan RM130 (SS)

Kepada sesiapa yang berminat boleh wasap terus kepada saya Nik Zulina di talian 0139861383.

NASIHAT KEPADA IBU BAPA PERIHAL MENDIDIK ANAK

|













1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

– nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!

Sunday, January 4, 2015

BUKU PAKEJ PENDIDIKAN ISLAM PT3 DAN SPM

Alhamdulillah....tahun 2015 GLA dn Modul Pendidikan Islam Tkn 4 dn 5 telah berubah wajah......namun isi dalamnya masih seperti dan mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam terkini. Modul ini membolehkan pelajar belajar dgn lebih smart dan mudah...begitu juga dengan guru..dpt mengajar dgn lebih efisien lagi.......

Mana2 guru P.Islam dan pelajar yg ingin memilikinya boleh order terus drpd saya...0139861383...