GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Sunday, December 14, 2008

FADHILAT SURAH-SURAH DALAM AL QURAN

SURAH YASIN
Sesiapa yang mengamalkan bacaan Surah Yasin pada setiap malam kemudian ia meninggal maka dikira mati syahid - Maksud Hadis


SURAH AR RAHMAN
Bagi tiap-tiap sesuatu ada mempelainya. Mempelai Al Quran adalah Surah Ar Rahman - An Nasai

SURAH AL WAQIAH
Sesiapa yang membaca Surah Al Waqiah pada setiap malam tiadalah ia ditimpa kemiskinan selama-lamanya. – Al Baihaqi

SURAH AD DUKHAN
Barangsiapa membaca Surah Ad Dukhan pada waktu malam nescaya Allah menyempurnakan dosanya pada waktu pagi tersebut
– Makusd Hadis -

SURAH AL MULK
Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk pada setiap malam akan mencegahnya daripada azab kubur – An Nasai

Wednesday, December 10, 2008

Pandangan Allah...

Kepada semua muslimin dan muslimat ..
Ingatlah bahawa suatu hari nanti kita akan menemui Allah swt. So muhasabah diri dan pertingkatkan keimanan serta ketaqwaan dalam membaiki kelemahan-kelemahan diri sendiri sejak daripada baligh sehinggalah ke usia kini.. sebelum ajal menjemput kerana kita sentiasa berada dalam pandangan Allah swt . Clearkan segala dosa dan updatekan amal.. semoga sentiasa bahagia dan tenang.

Friday, December 5, 2008

Selamat Berangkat ke Padang Arafah

Semua jemaah Haji pada waktu ini sedang bersedia untuk berangkat ke Padang Arafah dan menunaikan ibadah wukuf iaitu kemuncak ibadah haji..Berzikir dan berdoalah sebanyak-banyaknya ketika kerana wukuf doa makbul..

Tuesday, December 2, 2008

Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada Tetamu-tetamu Allah

Marilah kita sama-sama mendoakanan agar tetamu-tetamu Allah pada tahun ini akan dapat melaksanakan ibadah dalam keadaan sihat walafiat, dipermudahkan Allah dalam segala urusan, selamat sejahtera dan dipermudahkan Allah mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah.. Amin

Saturday, November 29, 2008

Pesan Datuk & Nenek

Kata orang-orang tua:

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. Maknanya perbuatan baik jangan ter'over' dan perbuatan jahat tinggalkan terus...

Wednesday, November 26, 2008

INSAFLAH...

Kalaulah kita baca apa yang ditulis oleh Ibrahim Adham dalam nasihat-nasihatnya yang telah kita baca dan hayati maka dapatlah kita rasakan bahawa kita amat kerdil di sisi Allah swt. Justeru marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan keadaan suci bersih daripada segala perbuatan mungkar dan sujud kepada Allah setiap pagi dan petang, siang dan malam..

Berkorban Hari Raya kerana Allah swt.

Raya Korban (Aidil Adha) dah semakin hampir tak berapa hari lagi. Lembu-lembu pun dah terasa berdebar-debar bersedia untuk dijadikan korban Raya.Agaknya lembu-lembu pun berfikir siapalah yang nak korbankan aku ni. Tapi yang peliknya tak ramai orang berfikir dan berkira-kira untuk berkorban kerana Allah kerana saban tahun ketika hampir raya korban maka banyaklah pula orang yang merancang untuk shopping peralatan sekolah anak-anak. Lalu terlepaslah korban lembu.

Kalau nak korban memang selalu tak cukup budget . Tapi kalau kita ingatlah korban tu kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran besar daripadaNya , rasanya budget yang tak cukup pun masih boleh dicukupkan. Kerana rezeki yang Allah berikan kepada kita apa salahnya kalau kita sedekahkan sedikit kepada orang-orang miskin yang memerlukan . Kan bahagia mereka... sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Tidak dibolehkan irihati , kecuali pada dua perkara : Irihati pada seorang yang mengetahui isi Al Quran dan selalu dijadikan pedoman hidupnya, dan irihati kepada seorang lagi yang diberikan kekayaan harta, lalu sentiasa dikeluarkannya untuk kebaikan".

Yang demikian, marilah kita berlumba - lumba melakukan kebaikan sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Tuesday, November 25, 2008

Peringatan !!

Sama-samalah kita hayati Hadis Rasulullah saw di bawah ini:

" Barangsiapa yang memegang tangan wanita yang bukan muhrimnya, maka kelak di hari akhirat ia akan dirantai dengan rantai api neraka. Dan jikalau ia menciumnya, maka kelak di hari akhirat akan digunting kedua bibirnya dengan gunting api neraka"


Kalaulah diperhatikan zaman sekarang ni, betapa ramainya manusia yang melakukan perkara-perkara yang disebut di atas tanpa ada sedikitpun perasaan malu dan takut kepada Allah swt. Inilah yang menandakan kiamat semakin hampir kerana manusia merasa bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka tanpa menghiraukan batasan agama.. Betul tak???

Monday, November 24, 2008

Alhamdulillah !!

Syukur kepada Allah kerana soalan spot tu kenalah jugak sikit-sikit. Nampaknya kena berhenti menulis setakat ni je lah sebab nak pergi Mekah hujung November. Insyaallah tahun depan jumpa lagi!!

Sunday, November 16, 2008

Soalan SPOT Pendidikan Islam 2008

Tajuk-tajuk Penting !!!
Kertas 1 :
Ahlussunnah Wal Jamaah
Khawarij
Syiah
Sembelihan
Upah Haji
Sains Teknologi Zaman Abbasiah
Bani Umaiyyah
Nusyuz
Walimatul Urus
Muhammad Abduh
Imam Malik

Kertas 2:
Rasul Penyampai Wahyu
Kaum yang dibinasakan Allah
Mukmin Berjaya
Ciri Munafik
Batas Pergaulan
Nasihat Luqman Hakim
Hadis baca semuanya

Ayat hafazan :
Surah Al Hasyr dan Surah Luqman

WALLAHUAKLAM..