GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Wednesday, May 16, 2012

Buku Latih Tubi Berfokus Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam akan berada di pasaran pertengahan Jun nanti !!

Buku Soalan Latih Tubi berfokus yang bakal menemui guru dan pelajar...

Sesiapa yang berminat boleh contact saya atau terus sms nama, alamat dan buku yang dikehendaki. Bayaran boleh melalui LO atau CASH.


Tuesday, May 8, 2012

Pendidikan Islam diperkasakan di SMKZ1

Setelah mengalami kegagalan meningkatkan prestasi kualiti kecemerlangan mata pelajaran Pendidikan Islam PMR dan SPM di SMKZ1 pada tahun 2011, tahun ini Panitia Pendidikan Islam dan ahli jawatankuasanya mengatur strategi untuk menggempur calon2 PMR dan SPM supaya kecemerlangan akan dapat ditingkatkan semula pada tahun ini Insyaallah...

Antara strategi yang telah dilaksanakan ialah Program Garap 'A' Pendidikan Islam PMR dan SPM. Program Garap A Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan pada 30 April yang lepas. Seorang guru cemerlang Pendidikan Islam di kelantan telah dijemput untuk membimbing pelajar iaitu Ustaz Wan Abrisam daripada SMK Sultan Abdul Samad Pulai Chondong. Manakala Program Garap A Pendidikan Islam PMR telah diadakan pada hari ini 8 Mei 2012 dengan  mendapat bimbingan daripada Ustazah Hasniah bt Hashim iaitu seorang Guru Kanan Sains Sosial di SMK Mulong.. Mudah2an berkat bimbingan dan bantuan kedua2 guru cemerlang ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam di SMKZ1 pada tahun 2012 ni..Insyaallah...

Banyak lagi strategi yang akan dilaksanakan..insyaallah..tunggu dan lihat..

Gambar2 menarik sekitar Program Garap A Pendidikan islam PMR dan SPM 2012..






Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Friday, May 4, 2012

Pesanan Penaja: Bayaran buku jangan lah terlebih ya..

Salam kepada semua pelanggan2 buku2 Pendidikan Islam di Pai Best .

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana sejak akhir2 ini makin ramai pelanggan Guru Pendidikan Islam yang berminat dengan buku2 Nota dan Modul Pendidikan Islam di blog ini. Ramai jugak yang order buku Pakej Pendidikan Islam PMR dan SPM. Dan tak kurang jugak yang telah menempah lebih awal buku Fokus Bestari Pendidikan Islam PMR dan SPM serta Tasawwur Islam SPM (buku berbentuk latih tubi soalan2 yang telah dianalisa). Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menempah buku2 tersebut.

Namun begitu, ada beberapa masalah yang rasanya perlu dinyatakan di sini berkenaan dengan bayaran buku2 tersebut.. Ada pelanggan yang order terus bayar (tahniah saya ucapkan kerana tidak berhutang)  dan ada jugak yang bayar bertangguh ... yang sedihnya bila diberi peluang bayar bertangguh ni maka berlakulah penangguhan yang terlalu panjang sehingga ada sesetengah pelanggan menjelaskan bayaran hinggalah akhir tahun...sedih betul rasanya sebab amat2 menyusahkan... Harap2 pelanggan yang baru nak buat order boleh selesaikan bayaran2 buku sesegera yang mungkin...

Satu lagi masalah bila ada pelanggan yang bayar terlebih..susah hati betul saya...kalaulah bayaran tu dihalalkan okay la jugak tapi kalau GPI tak kata halal atau tidak maka saya terkial2 la usahakan utk bayar balik semula lebihan wang tersebut (macam LHDN pulak) . Sebaiknya bayarlah ikut harga yang telah di beritahu ya..sebab kadang2 kita ni pelupa..hajat nak bagi semula baki tapi kadang2 terlupa jugak... So utk permudahkan urusan selepas ni saya akan cuba bundarkan bayaran kepada puluh yang terdekat supaya GPI pun senang..dan kalau masih ada lebihan saya akan ambik keputusan mendermakan wang tersebut kepada masjid atas nama GPI tersebut. Rasanya kena paksa seruju lah sebab saya tak suruh bayar lebih...

Insyaallah bulan Jun ini buku Fokus Bestari Pendidikan Islam akan siap cetak..dan sesiapa yang telah membuat tempahan saya akan uruskan pengeposan dengan segera dan harap2 bayaran pun dapat disegerakan ya.. Harapan kami pihak JU Pendidikan Islam PPDKB ialah semoga hasil usaha kami yang tak seberapa ini akan dapat membantu calon2 Pendidikan Islam mencapai kecemerlangan dalam PMR dan SPM 2012 ini..Insyaallah..

Monday, April 30, 2012

Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam PMR / SPM 2012

Tarikh : 22-24 April 2012 (Ahad-Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , Aras 2, PPD Kota Bharu

Soalan pra merupakan soalan yang akan dilaksanakan seminggu sebelum peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar. Antara soalan yang di gubal oleh panel soalan PPDKB ini ialah soalan Pendidikan Islam PMR, Pendidikan Islam SPM, Bahasa Arab PMR dan Tasawwur Islam SPM.

Soalan yang digubal oleh JU Pendidikan Islam PPDKB ini telah dianalisa dengan begitu teliti oleh para Jurulatih Utama.. Semoga segala usaha para Jurulatih utama akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada tahun2 lepas..Insyaallah..

Antara gambar2 menarik sepanjang bengkel..






Terima kasih kepada semua juru latih utama PPD Kota Bharu atas keikhlasan anda menyumbangkan tenaga demi untuk meningkatkan prestasi Pendidikan Islam 2012

Sunday, April 15, 2012

Membina soalan Pra dan Modul Berkesan Pendidikan Islam Utk Pelajar Potensi..

Insyaallah pada 22 - 24 April ni ..semua JU P.Islam, Tasawwur Islam dan Bahasa Arab akan berkampung di Bilik Mesyuarat PPDKB untuk satu tujuan iaitu membina soalan Pra Pendidikan Islam PMR/SPM, Tasawwur Islam dan Bahasa Arab. Satu lagi agenda ialah membina modul2 berkesan untuk pelajar2 potensi seluruh sekolah2 di bawah PPDKB.

Insyaallah satu program khusus untuk pelajar2 potensi P.Islam PMR / SPM akan dilaksanakan di PPDKB sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.

Semoga segala usaha yang disumbangkan oleh semua juru latih utama kepada pelajar2 akan diberi ganjaran oleh Allah SWT..

Wednesday, February 1, 2012

Gambar2 menarik Bengkel Soalan Fokus Bestari 2012






"Guru Dedikasi Murid Berprestasi"

Bengkel Soalan Fokus Bestari Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam 2012

Tarikh : 31 Januari - 3 Februari 2012 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Merak 1, Tingkat 7 Hotel Renaissance

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya pihak JLU Pendidikan Islam PPDKB telah berjaya merancang dan melaksanakan bengkel penggubalan soalan ramalan 2012 di Hotel Renai.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini melibatkan seramai 9 orang JLU Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam. Panel2 soalan bertungkus lumus menganalisa dan menyiapkan sebanyak 3 set soalan latih tubi  beserta dengan skema untuk kemudahan guru dan juga kemudahan para pelajar membuat latih tubi.

Pada tahun lepas Alhamdulillah kerana soalan2 yang dibina banyak membantu pelajar kerana hampir 80% tajuk2 dan soalan yang diramalkan keluar dalam exam sebenar. Tahun ini kami sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya soalan yang dibina dapat membantu pelajar lebih cemerlang dalam peperiksaan sebenar nanti.

Kepada guru2 dan pelajar2 yang berminat untuk membuat tempahan buku fokus bestari ini bolehlah hubungi saya terus di talian 0139861383. Cetakan buku adalah amat terhad dan siapa cepat dia dapat.

Harga Buku Fokus Bestari
1. Fokus Bestari PMR                           : RM4.00
2. Fokus Bestari SPM                           : RM5.00
3. Fokus Bestari Tasawwur Islam SPM : RM5.00

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh  pihak kami akan dapat membantu guru2 dan pelajar2 semua.. dan semoga Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan terus gemilang ...insyaallah.

Wednesday, December 28, 2011

Analisa Pendidikan Islam PMR 2011 di SMKZ1.

Assalamualaikum kepada para pengunjung blog Pai Best !! Lama betul tak buka blog since awal cuti baru ni..Nak ulas sikit pasal result Pendidikan Islam PMR baru ni.. ada sesetengah sekolah result naik tapi tak seberapa sangat dan ada sesetengah tu pulak merudum.. termasuklah sekolah saya SMKZ1..
Yang menghairankan  kebanyakan pelajar begitu happy kerana semua soalan2 yang dibuat latih tubi sebelumnya telah keluar dalam exam..so mereka rasa bahawa mereka dapat menjawab soalan dengan baik..cikgu pun bukan main happy lagi sebab dapat membantu pelajar yakin diri dalam menjawab soalan....Tut2 result yang keluar agak kurang membanggakan.. daripada 202 orang calon hanya 162 sahaja yang dapat A, 38 orang B dan 2 orang C. Manakalah CGPA hanya 1.21 sahaja berbanding dengan tahun lepas 1.14... Apa sebenarnya yang telah berlaku..? Adakan gred markah Pendidikan Islam dinaikkan? Atau pelajar yang over confident sehingga result jatuh begitu teruk sekali.?
Apapun pada saya ini merupakan satu ujian yang menyebabkan saya perlu muhasabah diri dan mengatur strategi seterusnya untuk Pendidikan Islam PMR pada tahun hadapan . Manakala bagi pihak sekolah pula menganggap bahawa ini adalah faktor  pelajar sendiri di mana rata2 pelajar gagal untuk mencemerlangkan diri dalam kebanyakan subjek..hanya 3 subjek sahaja yang meningkat prestasinya di sekolah saya......yang lainnya merosot..Wallahuaklam,. mudah2an tahun depan akan ada perubahan .. insyaallah.

Sunday, November 27, 2011

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Ya Allah ...
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang mukminah solehah,
Kerana mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Salam Maal Hijrah ke 1433..

Semoga Tahun Baru Hijrah yang ke 1433 ini akan memberikan seribu rahmat kepada kita semua..Insyaallah. Didoakan semoga semua strategi kecemerlangan yang bakal dilaksanakan pada tahun baru ini sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat PPDKB akan diberkati dan diredai Allah SWT..
Disamping itu didoakan juga agar diri ini diberi kesihatan yang berpanjang oleh Allah SWT supaya semua perancangan akan berjalan dengan mudah, lancar dan cemerlang. Insyaallah..amin.