GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Sunday, July 5, 2009

BERITA GEMBIRA UNTUK GURU PENDIDIKAN ISLAM PPDKB!!

Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah kerana seorang lagi sahabat JLU P.Islam PPD Kota Bharu telah menyandang GURU CEMERLANG !!! Beliau ialah Ustazah Noraziah dari SMK Dato' Ahmad Maher. Setinggi - tinggi tahniah kepada Ustazah Noraziah. Harapan kita semua adalah makin ramai lagi GPI di PPD Kota Bharu akan jadi GC..supaya dapat pakat-pakat memartabatkan dan memperkasakan Pendidikan Islam...

Hari ini Ketua-ketua Panitia di PPD Taiping telah membuat kunjungan mesra ke SMK Dato' Ahmad Maher disamping mengenali lebih dekat Panitia Pendidikan Islam SMK Dato' Ahmad Maher yang dipimpin oleh Pn Hjh Rogayah bt Sulaiman . Moga dapat eratkan lagi silaturrahim disamping berkongsi idea demi untuk kecemerlangan Pendidikan Islam.

Friday, July 3, 2009

Jamuan Meraikan Kenaikan Pangkat Sahabat JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu

Beberapa hari lepas satu jamuan keraian untuk JLU yang dilantik sebagai GKSS telah diadakan di Restoran Hj Zakaria, Pengkalan Petah, Tawang, Bachok, Kelantan yang terkenal dengan Ikan Bakar Special. Majlis ini di hadiri bersama Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu iaitu Tn Hj Mohd Fakhrurrazi b. Hj Ab. Rahim . 3 orang JLU yang telah dilantik sebagai GK Sains Sosial itu ialah :
1. Ustaz Mohd Zain bin Daud : GKSS di SABK Tengku Amalin Putri
2. Ustazah Hjh Sharidah bt Che Mahmood : SMK Dewan Beta
3. Ustazah Hasniah bt Hashim : SMK Mulong
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang di tempat masing-masing.

Mudah-mudahan selepas ini ramai lagi JLU PPD Kota Bharu yang akan dinaikkan pangkat -Insyaallah





Medan Ikan Bakar Hj Zakaria ni memang lain dari yang lain...

Wednesday, July 1, 2009

SIRI BUKU LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM & TASAWWUR ISLAM AKAN MENEMUI PELAJAR MINGGU DEPAN - INSYAALLAH!!!

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah SWT kerana ketiga-tiga buku Siri Latih Tubi ini sedang dalam proses percetakan dan Insyaallah akan siap minggu depan. Buku ini akan diedarkan kepada sesiapa yang berminat secepat yang mungkin. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini sila contact 013-9861383 atau sms nama dan alamat untuk mendapatkan buku-buku ini. Harga sebagaimana di bawah dan pos adalah PERCUMA !!






RM 5.50 sebuah - POS PERCUMA !!!










RM 3.80 sebuah . POS PERCUMA !!!










RM 4.50 sebuah . POS PERCUMA !!!




Buku-buku Latih Tubi ini adalah hasil usaha bersama para JLU Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu untuk meningkatkan peratus kecemerlangan 1A dalam Pendidikan islam dan Tasawwur Islam serta meningkatkan lagi kualiti kecemerlangan di kalangan pelajar di sekolah-sekolah di Kota Bharu khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya.

Antara kelainan isi kandungan buku ini berbanding dengan buku yang lain ialah:
- Teknik menjawab soalan Pendidikan Islam untuk PMR dan SPM disediakan
- 3 Set Soalan Latih Tubi berkonsepkan ramalan peperiksaan 2009
- Jawapan yang tersusun, lengkap dan mudah di rujuk oleh pelajar
- Sisipan Latih Tubi Jawi dan Tajwid untuk memahirkan pelajar dalam bidang tersebut

Harapan kami semua agar buku-buku ini dapat membantu pelajar semaksima mungkin untuk skor 1A Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam tahun 2009 - Insya-Allah.

Monday, June 29, 2009

Gambar Menarik Pasaria SEMENZA 2009





Kelihatan murid SK Zainab sedang berduyun-duyun mengunjungi Pasaria dan berebut-rebut membeli kupon.

Gambar-gambar menarik ketika Perkhemahan Perdana SEMENZA 2009






Khemah-khemah peserta











Demontrasi mula Tawaf di sudut Hajarul Aswad

















Qiamullail di kendalikan oleh Ustaz Ibrahim bin Daud











Mengantuk memang satu ujian yang tak dapat dielakkan dalam program qiamullail. Sesiapa yang dapat menghayati qiamullail tidak akan mengantuk..

Thursday, June 25, 2009

DUA PROGRAM PERDANA SEMENZA DAH PUN SELESAI.

Lega rasanya...barulah dapat nak bernafas ..nak fikir kecemerlangan pelajar..nak fikir pasal buku latih tubi..nak fikir pasal kemas rumah..dll yang kena fikir. Buku latih tubi dan kelas pengukuhan terpaksa ditangguhkan kerana persediaan untuk dua program perdana ni iaitu perkhemahan perdana dan pasar ria perdana.

Anyway kepuasan tetap ada terutama sekali bila handle kem penghayatan solat, demonstrasi haji dan pengurusan jenazah. Manakala ketika Pasar Ria pulak paling happy ialah ketika murid-murid sekolah rendah datang dan berebut-rebut beli kupon . Kupon laris macam goreng pisang panas.. Tukang jual kupon tak menang tangan jual kupon. Seronok betul..tapi agak sedih juga kerana tak sempat nak snap gambar-gambar budak-budak berebut kupon sebab masa tu sedang menjual kupon jugak..

Sunday, June 21, 2009

BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR, SPM DAN TASAWWUR ISLAM BERKONSEPKAN RAMALAN PEPERIKSAAN 2009 HAMPIR SIAP !!

Alhamdulillah proses mengedit dan menyiapkan buku latih tubi berkonsepkan ramalan Pendidikan Islam PMR, SPM dan Tasawwur Islam ini dah hampir tinggal 10 % saja lagi. Harap-harap buku ini akan dapat menemui pelajar dan guru pertengahan bulan Julai nanti...Insya-Allah.

Sunday, June 14, 2009

Risalah Doa untuk Kecemerlangan Pelajar

Insyaallah tak lama lagi akan terbit sebuah buku kecil untuk semua pelajar iaitu Risalah Doa Kecemerlangan Untuk Panduan Pelajar. Buku ini mengandungi doa-doa ke arah kecemerlangan yang boleh dijadikan panduan pelajar disamping tazkirah pilihan dan doa-doa pilihan yang sesuai untuk pelajar.

Buku ini diterbitkan bertujuan untuk membimbing pelajar ke arah kecemerlangan yang hakiki iaitu kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah . Buku ini menggalakkan pelajar supaya sentiasa memanjatkan doa dan solat hajat kepada Allah selain daripada berusaha belajar, ulangkaji dan membuat latih tubi kendiri untuk berjaya dalam peperiksaan.Buku ini juga memberi motivasi kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang disamping bacaan wirid dan doa untuk kemudahan amalan seharian.

Insyaallah buku ini akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki dan diredhai Allah dunia dan akhirat..
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini bolehlah contact 0199861383 atau sms.

Wednesday, June 10, 2009

MELAKA BANDAR BERSEJARAH..

Rasanya dah begitu lama dah tak melawat Melaka. Baru-baru ni sambil-sambil daftar anak kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sempatla juga ziarah Melaka. Ziarah zoo dan bandar Melaka. Bandar Melaka terlalu banyak berubah. Zoo Melaka juga banyak menarik perhatian anak-anak dengan berbagai jenis binatang yang dapat dilihat dari dekat terutamanya harimau..betul-betul teruja tengok rimau dari dekat...




Tuesday, June 9, 2009

TANDA-TANDA MANUSIA DALAM RAHMAT ATAU LAKNAT ALLAH SWT.

MARILAH KITA SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI (DIMANAKAH KITA???) DENGAN MEMERHATIKAN TANDA-TANDA RAHMAT DAN LAKNAT ALLAH DI BAWAH:

Antara tanda-tanda manusia dalam rahmat Allah:
1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadat dan membaca Al Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat sama ada sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk2 Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
12. Fihrasat dan gerak hati selalunya tepat
13. Setiap tindakannya mampu mempengaruhi orang lain ke aarah kebaikan
14. Sentiasa mendapat ujian Allah
15. Merasa gelisah andai melakukan kesilapan kepada Allah

Tanda2 manusia dalam laknat Allah:
1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung kepada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng solat lima waktu
5. Bersahabat dengan orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan bangga diri
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
12. Tindakan selalu terpesong (iblis / syaitan) menyusahkan hidup orang lain
13. Hatinya yang kotor , fihrasatnya selalu silap
14. Tidak mendapat hidayah daripada Allah
15. Dendam
(PETIKAN DARIPADA BUKU 'KENAPA ALLAH MURKA')

BERISTIGHFARLAH DAN BERZIKIRLAH SELALU PAGI , PETANG , SIANG DAN MALAM AGAR JIWA TIDAK GERSANG...