GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Monday, March 30, 2009

Seminar dan Bengkel Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di Langkawi

Insyaallah pada 8 - 10 April 2009 (Rabu - Jumaat) ini akan diadakan satu seminar dan bengkel pembinaan soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk semua JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Para JLU Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan bertolak ke sana dengan bas (seronok naik bas..) Tugas mereka ialah membina soalan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 dan 4 serta Tasawwur Islam Tingkatan 4. Soalan-soalan ini akan diedarkan kepada seluruh sekolah menengah di bawah PPD Kota Bharu pada bulan Mei nanti. Insyaallah semoga semuanya berjalan lancar..Jumpa di sana..

Sunday, March 29, 2009

Program Usrah Asrama Puteri Semenza Memantapkan Rohani Murid

Tahun 2009 merupakan tahun bersejarah bagi Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla di SMK Zainab (1) kerana berjaya merancang dan melaksanakan usrah di asrama Puteri Semenza. Semua murid asrama terlibat dalam usrah ini. Usrah asrama ini mendapat bimbingan daripada 30 orang naqibah yang telah dilantik dan diberi bimbingan khas oleh guru-guru Pendidikan Islam di Semenza. Naqibah yang terlibat dalam memberikan usrah ini juga adalah AJK BAKTI Semenza yang telah dilantik oleh Jawatankuasa PITM (Penghayatan Islam dan Takmir Musalla) baru-baru ini.
Program Usrah ini berjalan selama 1 jam dan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan murid yang telah disusun khas oleh Biro Usrah dan Tarbiah iaitu Ustazah Raja Haryati bt Raja Ahmad .
Objektif Usrah ialah:
1. Mengeratkan silaturrahim sesama murid.
2. Memantapkan ilmu dan amal Islami dalam kehidupan murid.
3. Melahirkan murid yang berkeyakinan dan jati diri.
4. Melahirkan modal insan yang beriman, bertaqwa dan cemerlang dunia akhirat.

Gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah pertama di asrama Puteri Semenza pada 28 Mac 2009 (Sabtu)




Friday, March 27, 2009

Esok bermula usrah di asrama puteri semenza

Insyaallah esok akan berlangsung usrah di asrama puteri semenza. Semoga berjalan lancar..

Wednesday, March 4, 2009

Doa amalan harian

Ayat Seribu Dinar- Surah At Talaaq : 2-3( Menghindari kesulitan / Mudah urusan)

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Surah Yusuf : Ayat 4 (Pelembut hati)

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, Sesungguhnya
Aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya
sujud kepadaku."


Surah Ta Ha : Ayat 1-2 (Pengikat Kasih sayang)

Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepada mu agar kamu menjadi susah

(ayat tak dapat nak dipublishkan kerana masalah yang tak dapat dielakkan, so penulis nyatakan surah dan ayat sahaja)

Monday, March 2, 2009

Fadhilat Surah-surah Dalam Al Quran..

Selepas Ustaz Mohd Fakhrurrazi (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu - Unit Pendidikan Islam ) datang bagi ceramah di Semenza sempena Maulidur rasul baru-baru ini, beliau telah menerangkan beberapa potong ayat Al Quran yang patut menjadi amalan semua, maka ramailah cikgu-cikgu yang minta ayat-ayat terpilih itu ditulis dalam kertas. Untuk memudahkan amalan , sekarang ni saya sedang mengedit ayat-ayat tu.. Insyaallah akan dipamerkan di blog ini untuk sesiapa yang berminat..

Saturday, February 28, 2009

"Selamat Bersara dari Medan Pendidikan Kak Lah" dan InsyaAllah jumpa di Medan Haji pula..





Beberapa minggu lepas, Guru Pendidikan Islam SMK Dato Ahmad Maher telah mengadakan majlis sempena persaraan Kak Lah (PN Hjh Fadzlah Idris) di Restoran Syam Bunga Mas , Kota Bharu Kelantan. Bukan main seronok lagi kami dapat berkumpul bersama sambil berbual-bual dan menjamu selera.
Hadir bersama kami juga ialah Pn Hjh Che Rohimah (Guru Kanan Sains Sosial SMK DAM).
Hasrat Kak Lah selepas bersara ialah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugasnya sebagai Petugas Tabung Haji dan kemungkinan besar Kak Lah akan mengendalikan Umrah dan Ziarah ke Mekah dan negara-negara di Timur Tengah. Wau..seronoknya . Sesiapa yang ingin melaksanakan umrah sambil ziarah bolehlah contact kak Lah terus di talian - 012-9325312. Seronok umrah bersama Kak Lah sebab dia seorang mutawwif yang berpengalaman selama 10 tahun lebih dalam mengendalikan jemaah haji.
Kak Lah ni juga seorang penceramah agama yang banyak pengalaman dan profesional. Banyak idea-idea baru dalam mindanya yang boleh digunapakai. Kalau lah ada sebarang program Hari Kebesaran Islam, Program Solat, Program Keinsafan untuk remaja dan lain-lain programa agama bolehlah jemput Kak Lah tapi dia dah bagi warning ..waktu siang sahaja, kalau waktu malam tak boleh terima jemputan kerana kena jaga ibunya.
Itulah serba sedikit perihal kak Lah kita ni..hai bestnya kalau boleh pencen jugak..Lambatnya nak tunggu umur 56 tahun...

Thursday, February 26, 2009

Majlis Ceramah Sempena Maulidurrasul SMK Zainab(1) 2009 / 1430H






Tarikh : 26 Februari 2009 bersamaan 1 Rabiulawwal 1430 H
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Laman Info, Semenza
Penceramah : Tn Hj Mohd Fakhrurrazi b Hj Ab Rahim
(Penolong Pegawai Pelajaran , Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu)

Program ini diadakan oleh pihak Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla dengan kerjasama Badan kerohanian dan Tarbiah Islamiah (BAKTI Semenza) yang dianggitao oleh murid sekolah bertujuan untuk meningkatkan kecintaan warga Semenza kepada Nabi Muhammad saw, Rasul yang paling agung dan penghayatan terhadap sunnah Rasul serta pembentukan syakhsiah mulia dalam kalangan warga sekolah. Ianya merupakan program tahunan sekolah dengan mengadakan majlis ceramah tentang Rasulullah saw dan pemantapan amalan sunnah dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF:
1. Menyemarakkan kecintaan warga Semenza kepada Rasulullah saw.
2. Meningkatkan penghayatan ibadat di kalangan warga Semenza.
3. Memupuk sifat-sifat mulia dalam diri pelajar.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga Semenza.

Wednesday, February 25, 2009

Soalan UTK (1) Pendidikan Islam Tkn 1,2 dan 4 dah sampai ke sekolah..

Al Kisah maka Ustaz dan Ustazah SMKZ(1) pun melihat soalan-soalan yang keluar dalam UTK (1) tu ... maka didapati tajuk-tajuk yang disoal tak diajar lagi...Kalau nak dikira hanya 10 tajuk yang masuk..dah ikut rancangan tahunan ..belajar pun dah dua bulan tapi tak sempat nak ajar sebab terlalu banyak program sekolah yang menyebabkan masa belajar banyak tertunggak...So apa nak tunggu-tunggu lagi ??? Ajarlah cepat-cepat ya... buatlah kelas tambahan petang untuk cover tajuk-tajuk tu..

Begitulah senario kehidupan cikgu, selalu busy fikir pasal murid....tak diajar nanti murid tak dapat jawab. Terpaksalah berkorban tenaga untuk anak murid..tapi tak apa cikgu ..buatlah dengan ikhlas insyaallah dapat ganjaran besar daripada Allah...

Guru ibarat lilin...

Tuesday, February 24, 2009

Ucapan Sulung Pengerusi Sulung BAKTI Semenza 2009 pada hari Pelancaran BAKTI


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله رب العلمين وصلة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.
أما بعد
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Pn. Hjh. Wan Jah Wan Yaacob, Pengetua Cemerlang SMK Zainab (1), Pn. Fatimah Ibrahim, Pen. Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Che Zarah Mat Saman, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zamari Abd. Wahab, Pen. Kanan Kokurikulum, guru-guru ketua bidang, guru-guru cemerlang , guru-guru serta rakan-rakan yang saya sayangi sekalian. Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Seinfiniti kesyukuran dirafatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita sama-sama berkumpul dalam satu majlis ilmu ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan jerih-perih dan pengorbanan baginda dapatlah kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.
Hadirin yang dihormati,
Badan Kerohanian dan Tarbiah Islamiah (BAKTI) merupakan satu organisasi yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan tarbiah terus berjalan di bumi SEMENZA tanpa mengabaikan kecemerlangan dan kemantapan akademik, kokurikulum dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan penubuhan BAKTI ini kerana ia menunjukkan betapa besarnya komitmen yang diberikan oleh semua ustaz, ustazah dan guru dalam menegakkan syiar Islam. Tarbiah atau didikan amat penting untuk makanan hati kita. Ia dibina atas kalimah لآ اله الا الله. Ingatlah bahawa sesiapa yang menyebut kalimah لآ اله الا الله, dia ialah seorang daie. Daie atau pendakwah bertangggungjawab mencegah kemungkaran dan mengajak kepada amar maaruf. Terdapat tiga tugas manusia di muka bumi Allah. Yang pertamanya ialah sebagai hamba Allah dan yang keduanya ialah sebagai khalifah di bumi Allah dan seterusnya ialah sebagai pendakwah di jalan Allah. Kita mestilah menjadi penolong Allah dalam mepertahankan Islam iaitu agama yang syumul (menyeluruh) ini. Jadilah seperti Saidina Hamzah yang sanggup mempertahankan Islam sehingga dibunuh dengan kejam dan dimakan hatinya oleh Hindun.
Warga dewan sekalian,
Antara objektif penubuhan BAKTI ialah:
1. Melahirkan murid yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
2. Melahirkan murid bersahsiah mulia dan cemerlang akademik.
3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan murid seharian.
4. Mendekatkan murid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang akan mendidik dan membentuk rohani dan jasmani murid ke arah kecemerlangan hakiki dunia dan akhirat.


Kami, saff kepimpinan BAKTI akan memastikan BAKTI bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu Allah kepada semua warga SEMENZA seterusnya kepada masyarakat di sekeliling kami. Insyaallah, antara program penting yang bakal dilasanakan ialah:
1. Kem Kembara Iman.
2. Kem Penghayatan Solat.
3. Majlis ceramah hari-hari kebesaran Islam.
4. Usrah murid asrama.
5. Mengeluar dan mengedarkan risalah tarbiah.
6. Program Penghayatan Bulan Ramadan.
7. Tazkirah dan lain-lain.

Warga dewan sekalian,
Mengikut Imam al-Ghazali :
1. Paling dekat dengan diri kita ialah mati.
2. Paling jauh dengan diri kita ialah masa lalu.
3. Paling besar di dunia ini ialah nafsu.
4. Paling berat di dunia ini ialah menanggung amanah.
5. Paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat.
6. Paling tajam di dunia ini ialah lidah manusia.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua. Insyaallah. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekhilafan dan kealpaan diri saya kerana yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah dan yang buruk dan segala kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri.

اقول قولي هذا واستغفرالله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركة.

Sunday, February 22, 2009

Martabatkan pelajar dengan BAKTI (Badan Kerohanian dan Tarbiah Islamiah)


Nama Program : Majlis Pelancaran BAKTI dan Penyampaian Watikah Pelantikan
Tarikh perasmian : 22 Februari 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Semenza, SMK Zainab (1)
Perasmi : Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob (Pengetua SMKZ1)


Maksud BAKTI ialah Badan Tarbiah dan Kerohanian Islamiah iaitu satu unit kecil di bawah Jawatankuasa Penghayatan Islam sekolah.
AJK BAKTI terdiri daripada para pelajar tingkatan 1 - 6 Atas

Objektif utama BAKTI ialah untuk memartabatkan pelajar dan melibatkan mereka secara langsung dalam aktiviti keagamaan atau dakwah sekolah selain daripada melatih pelajar supaya lebih berketrampilan dan berkeupayaan menguruskan sesuatu program terutamanya program keagamaan sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah dengan cemerlang.

AJK BAKTI akan menjadi fasilitator keadaan setiap program agama yang akan dijalankan dan mereka akan menguruskan program tersebut dari awal hingga akhir dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Jawatankuasa Penghayatan Islam Sekolah.


AJK Bakti Aisyah Syakira sedang mengacarakan majlis

Pengetua SMKZ1 Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob sedang merasmikan majlis

Pengerusi BAKTI Nur Izzati sedang menerima watikah pelantikan daripada Pengetua

Ikrar AJK BAKTI


Penubuhan BAKTI amat penting kerana ianya boleh membantu membina dan membangunkan pelajar sekolah sebagai modal insan yang beriman , bertaqwa , berilmu dan beramal suatu hari nanti. InsyaAllah.